This study discusses the penetration of Islam in the Philippines, particularly the third wave of its expansion, which was brought by Sufi missionaries. It reinstates the historical relevance of Sufi ideas and approaches due to its contemporary relevance to the concept of social co-existence. The rational, intellectual and philosophical dimension of Islam is manifested in the cultural and traditional life of Muslim communities. The study also analyzes the impact of Muslim struggle for the development of Islamic institutions in the context of the secular state. The ongoing, unsettled debate between Islamic and government approaches to peace and development in Mindanao and Sulu continues unabated. Over the years, reforms were introduced, but in their midst, evidence of government biases and prejudices with regards to Islamic institutions have surfaced. Muslim leaders and intellectuals responded in the context of historical rights and freedom, but those views were often questioned as they are presumed to be incompatible with the national agenda for national unity. It was very recently that this incompatibility was readdressed giving support to having lasting peace and justice in Mindanao. The study argues that there have been substantial state-sponsored reforms which may contribute to the gradual advancement of Muslim communities. Though the path for the passage of Muslim concerns within the given condition is fragile and open to challenges, the study recognizes the prominence of inter-civilizational dialogue, from which the universal values of humanity will be embraced by both Muslim and non-Muslim policy makers. In addition, Muslim and non-Muslim communities in the Philippines need to embrace the universal principle of humanity and coexistence due to its relevance to the political stability and economic growth in the country.
Keywords: Muslims in the Philippines, Islamic institutions, Islamization, Muslim intellectuals, Reform.
Abstrak
Kajian ini mengkaji tentang kemasukan Islam, terutamanya gelombang ketiga perkembangannya, yang dibawa oleh para pendakwah sufi. Kajian itu mengembalikan semula sejarah penting tentang idea-idea dan pendekatan Sufi yang boleh digunapakai pada masa kini untuk mewujudkan keharmonian sosial di kalangan rakyat pelbagai agama. Pemahaman tentang Islam mempunyai pengaruh yang jelas terhadap kebudayaan dan tradisi Islam. Kajian ini juga menganalisis kesan perjuangan Muslim untuk pembangunan institusi Islam dalam konteks sebuah negara sekular. Perbahasan yang berterusan yang tidak menemukan penyelesaian antara pendekatan Islam dan pendekatan kerajaan untuk perdamaian serta pembangunan di Mindanao dan Sulu terus berlanjutan. Walaupun bertahun-tahun pembaharuan telah dilakukan, namun terdapat bukti penolakan dan prasangka buruk kerajaan terhadap institusi Islam. Para pemimpin dan intelektual Muslim bertindak berdasarkan pada fakta sejarah dan hak kebebasan bersuara, namun pandangan mereka sering dipertikaikan kerana mereka dianggap tidak seiring dengan agenda dan perpaduan nasional. Baru-baru ini ketidakserasian ini mulai disuarakan semula untuk mendapat sokongan terhadap keamanan dan keadilan yang berterusan di Mindanao. Kajian ini mendapati bahawa terdapat pembaharuan yang dilakukan oleh pihak kerajaan yang boleh menyumbang ke arah kemajuan masyarakat Islam secara beransur-ansur. Walaupun pendekatan bagi memenuhi hasrat orang Islam masih dalam keadaan yang rapuh dan penuh cabaran, namun kajian ini mengusulkan peripentingnya dialog antara peradaban dimana nilai-nilai universal manusia akan diperoleh dan dipegang oleh kedua-kedua pihak pembuat dasar iaitu Islam dan bukan Islam. Di samping itu, umat Islam dan bukan Islam di Filipina perlu mengkaji dan mencontohi model keharmonian sosial Malaysia dan Singapura kerana kaitannya dengan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.
Kata Kunci: Muslim di Filipina, institusi Islam, Islamisasi, intelektual Islam, Pembaharuan.