Isu Keselamatan Makanan dalam Sektor Penternakan Haiwan: Analisis Pembangunan Instrumen Berasaskan Hadis

Islamiyyat ◽  
2021 ◽  
Vol 43 (1) ◽  
pp. 85-95
Author(s):  
Mohd Farhan Md Ariffin ◽  
Muhammad Ikhlas Rosele ◽  
Shafiza Safie

Sektor penternakan haiwan merupakan titik saringan awal dalam memastikan jaminan keselamatan makanan nasional. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai laporan salah laku dan sebaran wabak terhadap haiwan ternakan yang gagal diatasi dengan baik dalam kalangan pengusaha. Sehubungan dengan itu, objektif kertas kerja ini adalah memperincikan hadis-hadis yang menyebutkan mengenai isu keselamatan makanan dalam sektor penternakan berdasarkan ulasan para muhaddithin serta mengadaptasi hadis tersebut ke dalam satu bentuk instrumen yang praktikal dan mampu dimanfaatkan sama ada sebagai alternatif ataupun nilai tambah dalam prosedur keselamatan makanan semasa. Kajian ini mengguna pakai kaedah analisis data induktif, deduktif serta analisis kandungan dan tematik. Hasilnya, kajian membangunkan instrumen analisis hadis bagi menghindarkan pencemaran pada peringkat awal dalam penghasilan produk makanan daripada sumber haiwan.

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document