Skim i-SURI: Pelaksanaan dalam Kalangan Suri Rumah Menurut Perspektif Perundangan

2021 ◽  
Vol 29 ◽  
pp. 87-95
Author(s):  
Nor Anita Abdullah ◽  
Harlida Abdul Wahab ◽  
Asmar Abdul Rahim

Skim i-SURI diperkenalkan oleh kerajaan pada 15 Ogos 2018 sebagai insentif khas Kerajaan untuk Suri Rumah dan wanita yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih). Walau bagaimanapun, pelaksanaan Skim i-SURI ini masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya lantaran terdapat kekangan yang melibatkan beberapa peruntukan penting dalam Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta KWSP 1991). Persoalan yang timbul ialah berkenaan dengan pelaksanaan skim ini, adakah sama sepertimana pelaksanaan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedia ada atau berbeza. Jika dilihat dari aspek pelaksanaan skim KWSP, caruman yang dibuat oleh pekerja yang juga merupakan pencarum hanya boleh dikeluarkan secara sepenuhnya apabila telah sampai tempoh umur persaraan sahaja. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan konsep Skim i-SURI sekiranya boleh menggunapakai skim caruman sedia ada dalam KWSP itu sendiri.

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document