scholarly journals Visi Dan Halatuju Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia: Suatu Analisa

2019 ◽  
Vol 2 (1) ◽  
pp. 23-40
Author(s):  
Nabil Amir Ahmad

Kajian ini menjelaskan tentang sejarah penubuhan dan pembangunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem pendidikan yang berasaskan gabungan nilai-nilai Islam dan kebudayaan tempatan dan membentuk satu susunan pendidikan dan kebudayaan serantau yang menggunakan pendekatan agama dan konvensional di dalam proses pembelajaran dan pendekatan kurikulum. Kelahiran Universiti ini yang melibatkan percantuman fahaman menurut teori-teori pengislaman ilmu dalam mengupas konsep virtus (ihsan), taqwa dan adil yang dapat dikaitkan dengan kehidupan harian, adalah kefahaman, kesedaran dan usahasama yang dijananya terhadap keperluan integrasi agama dan nilai yang menggabungkan Umat Islam serantau untuk menyumbang kepada pembinaan semula tamadun dan kebangkitan intelek. Ini diterokai melalui jaringan harakah yang diprakarsainya dalam memperkasa umat dan mengangkat darjat keilmuan melalui falsafah kecintaan terhadap ilmu, kecemerlangan intelektual dan pengkayaan kebudayaan. Kertas ini berusaha menganalisis peranan Universiti Islam Antarabangsa dalam menjayakan misi Islamisasi dan membahaskan cabaran intelektual dan spiritual yang spesifik yang dihadapkan dunia moden kepada umat Islam kontemporer dan peranan yang dapat dimainkan oleh Universiti dalam merespon kepada cabaran ini.

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document