scholarly journals KRITERIA PEMILIHAN SAKSI PAKAR FORENSIK DI MAHKAMA

2021 ◽  
Vol 12 (Number 2) ◽  
pp. 333-352
Author(s):  
Nurbazla Ismail ◽  
Abdul Basir Mohamad ◽  
Ummi Rose Azra Mohamad Tajuddin

Peruntukan berkaitan keterangan saksi pakar forensik telah lama digunakan di mahkamah berdasarkan peruntukan keterangan pakar. Walau bagaimanapun, terdapat pertikaian dari sudut kriteria penerimaan keterangan saksi pakar forensik. Oleh itu, timbul persoalan berkaitan kriteria pemilihan saksi pakar forensik yang boleh dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kriteria pemilihan saksi pakar forensik di mahkamah. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif yang mengumpulkan bahan kajian lepas dan temu bual separa berstruktur. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa tiada penetapan kriteria khusus dalam pemilihan saksi pakar forensik untuk memberikan keterangan di mahkamah. Namun, terdapat beberapa cadangan kriteria yang perlu ada sebelum seseorang pakar forensik diterima sebagai saksi pakar di mahkamah. Kajian ini memberikan implikasi kepada pengamal undang-undang dalam memilih saksi pakar yang boleh dipanggil ke mahkamah dan kepada pakar forensik yang akan memberikan keterangan di mahkamah.

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document