scholarly journals Konsep Taʻabbudiy Dan Maʻqulat Al-Maʻna Dan Kesannya Dalam Pengeluaran Hukum Syarak Semasa: Analisis Aplikasi Dalam Operasi Zakat Dan Produk Bersuci.

Author(s):  
Ahmad Zakirullah Mohamed Shaarani

Taʻabbudiy dan Maʻqulat al-Maʻna adalah dua topik perbahasan para ulama Usul al-Fiqh dalam bab Qiyas dan ia mempunyai signifikan yang sangat tinggi dalam proses pembinaan dan pengeluaran hukum. Melalui kefahaman yang jitu tentang konsep Taʻabbudiy dan Maʻqulat al-Maʻna dan aplikasi keduanya maka ianya dapat membantu mereka yang terlibat dalam proses pengeluaran hukum menjana hukum yang menepati metodologi dan kaedah-kaedah istinbat hukum yang tepat, dan tanpa kefahaman yang jelas tentang ke dua konsep ini maka dibimbangi hukum-hukum yang dikeluarkan tidak menepati kehendak Syarak dan bertentangan dengan metodologi hukum yang telah digariskan oleh para ulama. Menggunakan metodologi kajian kepustakaan sepenuhnya, kajian akan cuba mengupas dua konsep ini dari segi maksud dan aplikasinya, begitu juga aplikasinya terutamanya dalam pengoperasian zakat dan produk bersuci. Hasil kajian mendapati bahawa Taʻabbudiy dan Maʻqulat al-Maʻna adalah dua konsep yang membincangkan tentang punca hukum-hukum yang terdapat dalam al-Qurʻan dan al-Sunnah sama ada ia mempunyai ʻillah atau tidak. Banyak isu semasa boleh diselesaikan berdasarkan kefahaman tentang konsep ini dan aplikasinya melalui proses qiyas, termasuk antaranya isu berkaitan konsep dan operasi zakat semasa, juga dalam bidang ibadah; hukum penyucian menggunakan selain dari air dalam urusan bersuci/taharah, juga penggunaan tanah dan selain darinya untuk proses sertu dan sebagainya. 

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document