scholarly journals Analisis Aurat Atlet Muslim Di Temasya Olimpik 2020: Kajian Menurut Perspektif Fiqh Islami

2022 ◽  
Vol 27 (1) ◽  
pp. 31-49
Author(s):  
Ahmad Akram Mahmad Robbi

Perundangan Islam telah memperuntukkan hukum khusus terhadap tatacara pemakaian yang mewajibkan setiap individu Muslim menutup aurat. Ketetapan batasan aurat ini telah dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Walaubagaimanapun, apabila berbicara soal aktiviti riadah dan sukan di peringkat antarabangsa seperti Temasya Sukan Olimpik, seringkali isu-isu aurat para atlet Muslim akan berbangkit. Hal ini kerana terdapat beberapa acara sukan yang memperuntukkan pakaian yang tidak mematuhi garis panduan aurat yang dianjurkan oleh agama Islam. Rentetan daripada itu, para atlet Muslim seringkali dijadikan subjek kecaman dan kritikan berbaur negatif sehingga menyebabkan mereka tersekat di dalam dilema antara mematuhi perintah agama dalam konteks menutup aurat dan penglibatan mereka dalam bidang kesukanan professional. Bedasarkan metode kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes melalui pemerhatian dan analisis dokumen, kajian ini mendapati bahawa berlaku pertembungan antara kod pemakaian atlet Muslim dengan peruntukan mematuhi ketetapan menutup aurat seperti yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah. Justeru, melalui kajian ini beberapa cadangan dan panduan dikemukakan untuk menambahbaik kod pemakaian para atlet professional seiring dengan kehendak syarak. Kata kunci: Olimpik, atlet, Muslim, sukan, aurat.

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document