Tatacara Ijtihad oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dalam Menyelesaikan Isu Kewangan Islam

Author(s):  
Asmak Ab Rahman ◽  
Aisyah Mustafa

Ijtihad adalah penentuan terhadap suatu hukum yang tidak ada dibincangkan dalam sumber perundangan Islam. Ia juga merupakan suatu mekanisma utama dalam ilmu usul fiqh. Isu ijtihad ini banyak dibincangkan oleh ulama terdahulu dan juga ulama kontemporari dalam menentukan sesuatu hukum yang sesuai dengan perkembangan semasa. Namun begitu, ijtihad ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang berkelayakan sahaja. Dalam konteks kewangan Islam, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS BNM) adalah badan yang berautoriti untuk melakukan ijtihad terhadap isu-isu yang timbul berkaitan dengan muamalat. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti pendekatan yang digunakan oleh MPS BNM dalam menangani isu-isu kewangan Islam. Oleh itu, kajian perpustakaan telah digunakan untuk memperolehi segala maklumat seperti jurnal, buku, kertas persidangan, dan koleksi Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam. Kajian lapangan juga turut dijalankan dengan menggunakan kaedah temu bual. Temu bual dijalankan bersama pegawai-pegawai yang terlibat dalam industri kewangan Islam. Hasil kajian mendapati MPS BNM melaksanakan tugasnya dengan mengeluarkan suatu hukum terhadap isu yang dibincangkan dengan menjalani proses ijtihad terlebih dahulu. Bertitik tolak daripada kenyataan ini, pendekatan ijtihad menjadi satu keperluan penting dalam memberikan jawapan hukum terhadap isu-isu semasa yang timbul terutamanya dalam kewangan Islam.

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document