scholarly journals SOROTAN LITERATUR IMPLEMENTASI ḤAḌĀNAH DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

2021 ◽  
Vol 9 (2) ◽  
pp. 39-65
Author(s):  
Naimah Mohamad ◽  
Najibah Mohd Zin ◽  
Miszairi Sitiris

ABSTRAK Ḥaḍānah atau hak penjagaan anak ini merupakan satu isu yang sering timbul setelah berlakunya penceraian sehingga hari ini. Pelbagai inisiatif dijalankan oleh pihak berautoriti seperti Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Majlis Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia bagi mengatasi masalah ini. Hal ini kerana, isu ini melibatkan kebajikan kanak-kanak Muslim yang terkesan daripada penceraian begitu juga hak anggota keluarga yang lain iaitu ibu dan bapa yang perlu dititikberatkan. Jesteru, sorotan literatur ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu berbangkit, perkembangan dan hala tuju penyelesaian Mahkamah Syariah dalam isu haḍānah ini. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan secara deskriptif dengan menilai fakta dan hujah dari pelbagai sumber primer dan sekunder yang berkaitan dengan kajian. Hasil tinjauan mendapati, terdapat beberapa isu berbangkit di Mahkamah Syariah seperti kewujudan Konvensyen Antarabangsa memberi kesan kepada Undang-undang Keluarga Islam, pengamalan hak penjagaan tunggal yang bermasalah, ketiadaan tafsiran khusus untuk kebajikan kanak-kanak Muslim, isu penentuan agama kanak-kanak bagi ibu bapa yang berbeza agama dalam ḥaḍānah, isu peruntukkan ḥaḍānah dianggap bias kepada wanita. Kajian ini juga mengenalpasti perkembangan positif dalam penyelesaian kes haḍānah dari sudut pengaplikasiannya iaitu cadangan konsep maslahah sebagai kayu ukur kebajikan kanak-kanak, pemberian hak bersama kepada ibu bapa, fungsi sulh dalam ḥaḍānah, cadangan penubuhan Mahkamah Keluarga, penglibatan pakar kanak-kanak dalam pelbagai disiplin. Walau bagaimanapun, secara umumnya terdapat sebahagian cadangan ini masih ada yang belum dijalankan dan masih di tahap penilaian.  Maka, kajian ini mencadangkan aspek-aspek ini perlu dikaji dan panduan khusus perlu dibentuk dan diharmonikan berdasarkan prinsip-prinsip kebajikan haḍānah bagi mencapai Maqāṣid Al-Sharī ̒ah disebalik hukum ini bersesuaian dengan tuntutan peredaran zaman, masa dan sosial di Malaysia. Kata Kunci: Haḍānah; Hak Jagaan Anak; Mahkamah Tinggi Syariah; Undang-undang Keluarga Islam    

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document