scholarly journals Masyarakat Melayu di Belaga: Sejarah, Perdagangan, Penempatan dan Adaptasian

2020 ◽  
Vol 6 (1) ◽  
Author(s):  
Jayl Langub

Komuniti Melayu di Belaga terdiri daripada dua perkampungan kecil: iaitu Kampung Melayu, Belaga, yang mempunyai 68 buah rumah dengan populasi sebanyak 648 penduduk; dan Kampung Hijrah, Belaga, yang mempunyai 27 buah rumah dengan populasi sebanyak 172 penduduk (Pejabat Daerah Belaga 2016). Kampung Hijrah pada mulanya merupakan sebahagian daripada Kampung Melayu Belaga sebelum berpecah menjadi dua buah kampung yang berbeza pada tahun 2014. Perubahan tersebut berlaku disebabkan kekurangan kawasan tanah bagi menampung pertambahan populasi penduduk kampung tersebut. Dengan jumlah keseluruhan populasi kedua-dua kampung sebanyak 820 penduduk, jumlah tersebut hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah populasi daerah Belaga sebanyak 25,609 penduduk.Masyarakat Melayu ini merupakan keturunan para pedagang dari Brunei dan Sumatera serta keturunan keluarga Melayu Abang6 dari Sadong, Sarawak barat dan keluarga Kedayan dari Sibuti. Sebahagian daripada pedagang tersebut mengahwini wanita tempatan dan terdapat juga pasangan yang tidak mempunyai cahaya mata mengambil anak angkat daripada keluarga tempatan. Secara keseluruhannya, golongan tersebut merupakan antara penduduk terawal di kampung Melayu Belaga.

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document