scholarly journals Cabaran guru prasekolah dalam menerapkan Pendidikan Stem

2019 ◽  
Vol 9 (2) ◽  
pp. 25-34
Author(s):  
Khusnidar Muhammad Daud

Guru berperanan penting dalam menyokong kanak-kanak bagi menjayakan pendidikan STEM. Kajian kes ini bertujuan untuk menerangkan mengenai cabaran yang dihadapi oleh guru prasekolah dalam menerapkan pendidikan STEM ke atas kanak-kanak umur 4 sehingga 6 tahun. Peserta kajian ini terdiri daripada 2 orang guru dan 36 orang kanak-kanak. Data diperolehi daripada pemerhatian selama tiga hingga 4 bulan dan temu bual guru. Dapatan kajian menunjukkan cabaran utama penerapan pendidikan STEM adalah guru kurang menguasai pedagogi dalam konteks pengajaran sains dan kekurangan alat untuk menjalankan aktiviti penyiasatan. Selain itu, tumpuan kanak-kanak semasa proses pembelajaran berlangsung serta persepsi ibu bapa turut menjadi cabaran dalam menerapkan pendidikan STEM di prasekolah. Dengan mengenalpasti cabaran ini, langkah mengatasinya dapat diambil bagi memastikan pendidikan STEM di prasekolah dapat diterapkan.

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document