Kesejahteraan dalam Pembangunan Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR): Suatu Pemerhatian Awal
Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan satu dasar kerajaan dalam menyeimbangkan keperluan asas tempat tinggal kepada rakyat yang tergolong dalam kategori B40 untuk memelihara hak kemanusiaan rakyat Malaysia agar menjalani kelangsungan kehidupan yang sejahtera. PPR sebagai Key Performance Indicator (KPI) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk diberi fokus terhadap keberkesanan tahap kesejahteraan PPR. PPR menitikberatkan elemen kualiti kehidupan dan kesejahteraan sosial kepada penghuninya. Namun, wujud permasalahan mengaitkan isu kesejahteraan pembangunan komuniti PPR apabila ketidakcapaian kesejahteraan berlaku. Kajian tentang kesejahteraan ini dilakukan melalui sorotan literatur bagi memastikan tahap kesejahteraan dapat dicapai secara holistik.