Kemunculan dan Peranan Parti Negara Sarawak (PANAS) dalam Politik Sarawak Menjelang Pembentukan Malaysia (1960 – 1963)

Akademika ◽  
2022 ◽  
Vol 91 (3) ◽  
pp. 117-129
Author(s):  
Suffian Mansor ◽  

ABSTRAK British menyediakan beberapa ruang kepada penduduk Sarawak berpolitik dengan mengubal perlembagaan Sarawak agar dapat melatih penduduk Sarawak ke arah berkerajaan sendiri. Usaha ini termasuklah usaha memberi ruang kepada kegiatan berpolitik dan memperkenalkan pilihan raya negeri untuk Sarawak. Hal ini membawa penubuhan parti politik seperti Parti Negara Sarawak (PANAS). Penubuhan parti ini mendapar cabaran besar dalam kalangan sokongan bumiputera kerana penubuhan parti yang bertunjangkan bumiputera menyaingi kehadiran PANAS. Cabaran seterusnya ialah usaha PANAS untuk relevan dalam perikatan parti pro-Malaysia iaitu Sarawak Alliance Party (SAP). PANAS keluar dari perikatan tersebut. Hal ini membawa kepada cabaran ketiganya yang terpaksa berdepan dengan SAP dan parti pembangkang lain dalam PRN 1963. Tambahan daripada itu, pemimpin Tanah Melayu pula memberi sokongan kepada SAP dan mengkritik PANAS. Namun demikian PANAS terus bertahan dan telah menghadapi pelbagai cabaran yang mengancam survival parti tersebut. Artikel ini bertujuan untuk melihat peranan PANAS dalam usaha mendapat sokongan penduduk Sarawak dan terus relevan dalam perjuang politik di Sarawak sekitar tahun 1960-1963. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat penyelidikan berdasarkan sumber primar dan sekundari. Dapatan kajian dalam artikel ini membuktikan bahawa walaupun pelbagai cabaran dihadapi oleh PANAS sepanjang tempoh kajian namun PANAS mampu bertahan hingga berjaya menempatkan dirinya dalam Council Negri selepas pilihan raya negeri 1963. Kata Kunci: PANAS; Sarawak; Abang Mustapha; Malaysia; Bumiputera

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document