Akademika
Latest Publications


TOTAL DOCUMENTS

58
(FIVE YEARS 9)

H-INDEX

1
(FIVE YEARS 0)

Published By Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (Ukm Press)

0126-8694, 0126-5008

Akademika ◽  
2022 ◽  
Vol 91 (3) ◽  
pp. 93-104
Author(s):  
Lai Yew Meng ◽  
◽  
Maureen De Silva ◽  

ABSTRACT The emergence of nationalism in Indonesia began at the dawn of the twentieth century, which ultimately led to the birth a new nation-state in 1949. The seeds of national consciousness were sown, and roots of Indonesian nationalism reached its apex during the Revolution (1945-49), manifesting most profoundly in the fight against the oppression of Dutch colonialism. The Revolution was central to the Indonesian republic’s perception of itself and has been influential in fostering nationalism during the post-independence period. This article examines the roots and evolution as well as dynamics and manifestations of Indonesian nationalism, throughout the different phases of Indonesia’s modern history. In doing so, it addresses three salient questions, namely i) how the seeds of national consciousness were sown; ii) what were the underlying factors/dynamics shaping the nature and development of nationalism; and iii) how nationalism and nationhood manifested in a geographically divided, ethno-culturally diverse state like Indonesia, whose citizenry has remained strongly attached to their traditional ethnological and adat communities. Emphasis is given to both stateoriented and popular manifestations of Indonesian nationalism, to highlight the state/elite-centric nature, and populist drive behind its discourses, agenda, and manifestations. Keywords: Indonesia; nationalism; national identity; state nationalism; popular nationalism


Akademika ◽  
2022 ◽  
Vol 91 (3) ◽  
pp. 105-115
Author(s):  
Rohani Hj. Ab Ghani ◽  

ABSTRAK Kemunculan kerajaan Order Baru yang dipimpin Presiden Suharto telah menukar paradigma dasar luar Indonesia menjadi lebih rapat dengan negara Barat berbanding dengan zaman kekuasaan Presiden Sukarno. Artikel ini membincangkan mengenai senario yang membawa kepada kewujudan peluang kepada negara kuasa Barat seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk menguatkan pengaruh di negara itu. Selain itu, artikel ini juga turut menganalisis dimensi hubungan yang lebih makro yang berbentuk multilateral dengan negara-negara sekutu Barat yang lain seperti Australia, New Zealand, Jepun dan Perancis serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini direalisasikan melalui kerjasama ekonomi, sosial dan kebudayaan demi kepentingan pembangunan Indonesia dalam era pentadbiran Order Baru. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan historiografi. Datadata sejarah dianalisis secara diskriptif dengan menggunakan sumber-sumber primer dan sekunder. Bahan-bahan primer merupakan rekod-rekod rasmi kerajaan British yang diperoleh dari Arkib Negara United Kingdom dan rekodrekod Jabatan Negara AS yang diakses dari laman sesawang rasmi Arkib Jabatan Luar AS (Office of Historians). Bahan-bahan sekunder yang terdiri daripada buku, artikel dan bahan-bahan atas talian. Dapatan utama penulisan ini membuktikan elemen ‘soft power’ iaitu bantuan ekonomi dan sosial telah membentuk persekitaran politik baru di Indonesia semasa era Order Baru. Tujuan bantuan-bantuan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan pengaruh di rantau ini dalam menyekat ancaman komunis di Asia Tenggara (AT) semasa Perang Dingin. Kata kunci: Order Baru; Presiden Suharto; Presiden Sukarno; soft power; Perang Dingin


Akademika ◽  
2022 ◽  
Vol 91 (3) ◽  
pp. 117-129
Author(s):  
Suffian Mansor ◽  

ABSTRAK British menyediakan beberapa ruang kepada penduduk Sarawak berpolitik dengan mengubal perlembagaan Sarawak agar dapat melatih penduduk Sarawak ke arah berkerajaan sendiri. Usaha ini termasuklah usaha memberi ruang kepada kegiatan berpolitik dan memperkenalkan pilihan raya negeri untuk Sarawak. Hal ini membawa penubuhan parti politik seperti Parti Negara Sarawak (PANAS). Penubuhan parti ini mendapar cabaran besar dalam kalangan sokongan bumiputera kerana penubuhan parti yang bertunjangkan bumiputera menyaingi kehadiran PANAS. Cabaran seterusnya ialah usaha PANAS untuk relevan dalam perikatan parti pro-Malaysia iaitu Sarawak Alliance Party (SAP). PANAS keluar dari perikatan tersebut. Hal ini membawa kepada cabaran ketiganya yang terpaksa berdepan dengan SAP dan parti pembangkang lain dalam PRN 1963. Tambahan daripada itu, pemimpin Tanah Melayu pula memberi sokongan kepada SAP dan mengkritik PANAS. Namun demikian PANAS terus bertahan dan telah menghadapi pelbagai cabaran yang mengancam survival parti tersebut. Artikel ini bertujuan untuk melihat peranan PANAS dalam usaha mendapat sokongan penduduk Sarawak dan terus relevan dalam perjuang politik di Sarawak sekitar tahun 1960-1963. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat penyelidikan berdasarkan sumber primar dan sekundari. Dapatan kajian dalam artikel ini membuktikan bahawa walaupun pelbagai cabaran dihadapi oleh PANAS sepanjang tempoh kajian namun PANAS mampu bertahan hingga berjaya menempatkan dirinya dalam Council Negri selepas pilihan raya negeri 1963. Kata Kunci: PANAS; Sarawak; Abang Mustapha; Malaysia; Bumiputera


Akademika ◽  
2022 ◽  
Vol 91 (3) ◽  
pp. 131-141
Author(s):  
Zubaidah V.P. Hamzah ◽  
◽  
Koh Kuan Wei ◽  
Keyword(s):  

ABSTRAK Kajian ini membincangkan pembentukan Dasar Pandang ke Timur India (India’s Look East Policy) dan kesannya terhadap hubungan India dengan ASEAN. Hubungan India dengan negara-negara Asia Tenggara telah lama terjalin melalui pelbagai bentuk. Namun demikian, pada era Perang Dingin khususnya pada tahun-tahun 1970an dan 1980an hubungan India dengan rantau Asia Tenggara agak suram disebabkan India tidak meletakkan rantau ini sebagai rantau keutamaan dalam dasar luarnya. Namun demikian, tamatnya Perang Dingin dengan kejatuhan Soviet Union telah menyebabkan India perlu mencari hala tuju baharu dalam dasar luarnya. Dalam situasi ekonomi India yang tidak memberangsangkan ini India mula melihat peningkatan ekonomi negara-negara anggota ASEAN sebagai sesuatu yang positif untuk India. Oleh itu, pada tahun 1991 Dasar Pandang ke Timur India dibentuk bertujuan untuk meningkatkan hubungan dengan negara jiran timurnya. Kertas ini membincangkan pembentukan dan perkembangan Dasar Pandang ke Timur ini serta kepentingan ASEAN dalam dasar tersebut. Analisis dilakukan berasaskan pendekatan sejarah dengan meneliti sumber primer seperti rekod pertubuhan ASEAN, dokumen dari Kementerian Luar India, akhbar serta sumber sekunder. Kajian mendapati dasar ini telah mengukuhkan hubungan India dengan ASEAN dan ditingkatkan lagi dengan dimensi yang lebih luas melalui Dasar Bertindak ke Timur (India’s Act East Policy). Kata kunci: Dasar Pandang ke Timur India; ASEAN; dasar luar; India; Asia Tenggara


Akademika ◽  
2022 ◽  
Vol 91 (3) ◽  
pp. 79-91
Author(s):  
Ku Boon Dar ◽  
◽  
Tan Chee Seng ◽  

ABSTRACT In recent years, China has expanded its relations with other nations through the Belt and Road Initiative. This initiative was formally introduced after it was launched in 2013 by President Xi Jinping. It comprises two components, namely, the Silk Road Economic Belt and the 21st Century Maritime Silk Road Initiative, both of which aim to stimulate the acceleration of economic growth in Asia, Africa and Europe. This research attempts to provide a detailed review of the execution of this initiative through empirical studies based on qualitative analysis, which are closely related to BRI implementation in Malaysia. The focus of this research, however, is not limited to studying the viewpoints of leaders and scholars on the initiative; rather, it will also attempt to discuss theBRI’s progress and the obstacles encountered to date from the political aspects of both China and Malaysia. By identifying the potential challenges to come, this research will prove to be significant, as it proposes some comprehensive measures to address and forestall any setbacks that may arise, which may affect the implementation of the BRI between the two nations. Keywords: Belt and Road Initiative (BRI); Malaysia–China relations; Silk Road; China–ASEAN relations; Maritime Silk Road A


Akademika ◽  
2022 ◽  
Vol 91 (3) ◽  
pp. 63-77
Author(s):  
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus ◽  
◽  
Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli ◽  
Siti Norul Aqillah Johar ◽  
◽  
...  
Keyword(s):  

Artikel ini membincangkan pengenalan prinsip First Past The Post (FPTP) dalam sistem pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu (PTM) antara tahun 1948-1959. FPTP merupakan sistem pemilihan calon yang bertanding dalam sesebuah kawasan pilihan raya dan calon yang memperoleh undian terbesar dikira sebagai pemenang meskipun mereka yang mengundi calon tersebut bukanlah kumpulan yang memperoleh majoriti mutlak. Objektif artikel ini bertujuan mengenal pasti permulaan prinsip FPTP dan sejauh mana ia membantu mewujudkan dominasi Melayu dalam dua pilihan raya umum era 1950-an. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah dengan menggunakan sumber-sumber primer di Arkib Negara yang terdiri daripada Colonial Office, laporan kerajaan dan akhbar. Melalui penelitian ke atas sumber, didapati FPTP secara jelas mula dipraktikkan dalam pilihan raya peringkat negeri tahun 1954. Pelaksanaan prinsip ini di peringkat kawasan pilihan raya dilihat tidak bermasalah kerana sistem tersebut hanya memerlukan seorang calon dengan undi terbesar diisytihar sebagai pemenang. Kemenangan Perikatan dengan keahlian majoriti dalam majlis perundangan bagi pilihan raya 1955 membolehkan rundingan ke arah kemerdekaan mengambil langkah yang lebih serius. Dalam konteks sistem pilihan raya, Suruhanjaya Reid, badan yang bertanggungjawab merangka perlembagaan merdeka, memutuskan bahawa sistem pemilihan yang akan dipraktikkan dalam pilihan raya pasca merdeka adalah berasaskan prinsip FPTP. Suruhanjaya Reid juga mengambil pendekatan memastikan sempadan kawasan pilihan raya mestilah bersandarkan dominasi Melayu. Harapan tersebut jelas tergambar dalam Pilihan Raya Umum 1959 apabila 66 daripada 104 kawasan pilihan raya yang dipertandingkan adalah dominasi Melayu. Kata kunci: First Past The Post; Suruhanjaya Reid; orang Melayu; pilihan raya; Persekutuan Tanah Melayu


Akademika ◽  
2021 ◽  
Vol 91 (3) ◽  
Author(s):  
Mohd Irwan Syazli Saidin ◽  
Balqis Bazilah Othman

Akademika ◽  
2021 ◽  
Vol 91 (3) ◽  
pp. 3-14
Author(s):  
Muhammad Aslah Akmal Azmi ◽  
Ashraf Ahmad Hadi

This article analyses the growing of Pan-Islamism in the Malay States during the First World War. Before the First World War broke out, the British government in the Malay States adopt diplomatic relations with various countries. This policy allows other countries to have economic and social relations with the Malay States. Turkey is one of the countries that have good relations with the British and hence are allowed to have diplomatic relations with the Malay States. Pan-Islamism began to become a problem when a group of young intellectuals in Turkey sparked the idea and movement of a universal Islamic union. As a result, Pan-Islamism has begun to spread across the Malay States. This movement influenced the Muslim community to support the Turkish government on the principle of universal unity of Muslims. Although the British realized that the growing support of Pan-Islamism are able to affect the loyalty of the people in the Malay States against the British but the British can not restrict the entry of Turkish missionaries or traders to come to the Malay States. This is because the British still have good relations with Turkey. As a result, Pan-Islamism continues to grow in the Malay States until the First World War broke out in 1914. As such, this article assesses the extent of the Pan-Islamism impact on the growing of Pan-Islamism in the Malay States during the First World War. This study uses qualitative research methods by examining primary sources such as the Straits Settlements Annual Report documents and the files of the British High Commissioner’s Office. The results prove that Pan-Islamism has been accepted by the people of the Malay States, but the support was brought under control by the British throughout the First World War.


Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document