scholarly journals Keindahan Penggunaan Uslub Amr Terhadap Wanita dalam Surah Al-Baqarah

2021 ◽  
Vol 10 (1) ◽  
pp. 76-92
Author(s):  
Syakirah Rifa'in@Mohd Rifain ◽  
Mat Taib Pa ◽  
Nurul Huda Hamzah

Kajian ini membincangkan mengenai uslub amr terhadap wanita dalam dalam surah al-Baqarah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk dan tujuan amr bagi konteks iddah dan penyusuan dalam surah al-Baqarah serta rahsia tersirat penggunaan uslub amr terhadap wanita dalam surah al-Baqarah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan teknik analisis teks mengikut Kuckartz (2014) berdasarkan konteks ayat. Penulis menggunakan teori utama, iaitu Teori ‘Abbas (1997) dan Teori Wahbah Al-Zuhayliy (1991). Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat dua konteks yang melibatkan wanita dalam surah al-Baqarah, iaitu iddah dan penyusuan. Secara keseluruhannya, terdapat tiga ayat berkaitan wanita dalam surah al-Baqarah yang menggunakan satu bentuk amr sahaja iaitu uslub khabariy yang memberi makna insyaiy. Ketiga-tiga ayat amr tersebut mempunyai makna hakiki atau secara langsung iaitu wajib dan sunat. Secara kesimpulannya, bagi mesej tersirat penggunaan uslub amr kepada wanita iaitu uslub khabariy yang memberi makna insyaiy adalah bersifat kelembutan kerana ia melibatkan perkara-perkara yang sukar. Justeru, jelas menunjukkan bahawa ayat-ayat amr bagi konteks iddah dan penyusuan mempunyai makna hakiki dan bersifat kelembutan.

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document