scholarly journals Tahap Kesediaan Guru Terhadap Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Bagi Murid Berkeperluan Khas Pembelajaran

2022 ◽  
Vol 7 (1) ◽  
pp. 132-144
Author(s):  
Norazizah Binti Mohamed Norok ◽  
Khairul Farhah Kamarudin

Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran amat penting dan perlu diambil perhatian oleh warga pendidik bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ketepatan dan kesesuaian dalam pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran memberi impak terhadap pencapaian murid terutamanya murid berkeperluan khas. Namun yang demikian, sejauh manakah tahap kesediaan dan tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan kaedah bermain sambil belajar bagi murid berkeperluan khas pembelajaran. Justeru, kajian ini dijalankan dengan objektif untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan tahap pengetahuan guru serta mengkaji hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru terhadap penggunaan kaedah bermain sambil belajar bagi murid berkeperluan khas pembelajaran. Metodologi kajian yang dijalankan adalah dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk kajian tinjauan. Borang soal selidik yang telah diadaptasi dibina bagi tujuan pengumpulan data. Instrumen ini diedarkan kepada 63 orang responden yang terdiri daripada guru-guru pendidikan khas di daerah Tampin, Negeri Sembilan. Data dianalisis dengan menggunakan aplikasi SPSS versi 23.0. Dapatan kajian mendapati tahap pengetahuan dan kesediaan guru berada pada skala sangat tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru terhadap penggunaan kaedah bermain sambil belajar bagi murid berkeperluan khas pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa apabila pengetahuan guru tinggi, maka kesediaan guru dalam melaksanakan kaedah bermain sambil belajar juga adalah tinggi.

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document