scholarly journals Kehebatan pendakwah silam dalam memperjuangkan agama Islam semasa zaman penjajahan di Tanah Melayu

2021 ◽  
Vol 6 (1) ◽  
pp. 671-679
Author(s):  
Aisyah Ab Rahim ◽  
Ahmad Sabri Osman ◽  
Fairuzah Basri

Kerja-kerja dakwah merupakan satu tugas yang sangat mulia. Dakwah bermaksud mengajak dan membawa umat manusia ke arah kebaikan serta meninggalkan keburukan. Kerja dakwah memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Ini kerana para pendakwah akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam menyampaikan seruan Islam kepada masyarakat. Justeru, persoalan yang akan dibincangkan adalah sejauhmana para pendakwah silam mampu mempertahankan agama Islam dari ancaman ketika zaman penjajahan di Tanah Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan kehebatan para pendakwah silam, cabaran-cabaran yang ditempuh dan nilai serta akhlak yang ada pada diri para pendakwah dalam memperjuangkan agama Islam di Tanah Melayu. Kajian akan menggunakan data dari dokumen bertulis dan sejarah, seperti buku dan artikel-artikel terdahulu. Hasil kajian ini mendapati bahawa para pendakwah silam merupakan golongan yang bukan sahaja patuh dan taat kepada ajaran agama Islam dan sangat tegas dalam mempertahankan agama, tetapi juga individu yang menampilkan nilai murni serta akhlak yang unggul. Mereka bukan hanya berjuang secara lisan dan tulisan mata pena, tetapi juga dengan keberanian dan kekuatan mengangkat senjata untuk menentang penjajah demi mempertahankan kesucian agama Islam.

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document