Terapi merupakan antara teknik perubatan tertua dalam mengekalkan kesihatan badan terutama daripada aliran darah yang tidak baik, strok dan beberapa penyakit yang lain. Teknik ini termasuklah akupuntur, guasa dan juga urutan. Terdapat juga teknik terapi moden seperti terapi warna, terapi ozon, terapi dadah dan banyak lagi. Kertas kajian ini akan mengetengahkan penjana terapi elektromagnet, satu alat yang mempunyai potensi aplikasi terapi dalam bidang perubatan. Alat ini menghasilkan medan magnet berfrekuensi sederhana sebagai sumber terapi. Perkakasan yang berskala kecil berfrekuensi sederhana dan berkos rendah ini telah dibangunkan dan telah diuji pada tisu biologi bagi mengukur tahap ketembusan medan magnet. Ujian ini telah membuktikan bahawa medan magnet yang telah dihasilkan mampu menembusi tisu lembut bersaiz sehingga 2 cm dengan jarak 7 cm daripada sumber. Kebolehan penembusan sistem ini terhadap tisu lembut memberikan peluang yang cerah kepada kajian ini memandangkan medan magnet telah menunjukkan potensi sebagai sebahagian daripada terapi untuk memulihkan migraine, strok, kekejangan dan beberapa yang lain selain boleh diaplikasikan dalam pengimejan tomografi induksi magnet.
Kata kunci: Terapi elektromagnet, medan magnet, penembusan, tisu lembut, aplikasi perubatan
Therapy is among the oldest medication technique in maintaining the health of the body especially from bad blood circulation, stroke and several others. This technique includes acupuncture, guasa and also massage. There are also modern therapy techniques like colour therapy, water therapy, ozone therapy, drug therapy and others. This paper will highlight electromagnetic therapy generator, a device which has the potential of therapy application in medical field. This device produce medium frequency magnetic field as a therapy source. This small scale medium frequency and low cost hardware that has been developed was tested on the biological tissue for the purpose of measuring the magnetic field penetration. The testing has proven that the generated magnetic field is able to penetrate the soft tissue up to 2 cm with distance from the source up to 7 cm. The capability of the system penetrations through the soft tissues provide the bright future of this research since magnetic field have shown the potential as being part of the therapy for curing migraine, stroke, cramp and several others besides the application in the magnetic induction tomography imaging.
Key words: Electromagnetic therapy, magnetic field, penetration, soft tissue; medical applications