International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH)
Latest Publications


TOTAL DOCUMENTS

1
(FIVE YEARS 1)

H-INDEX

0
(FIVE YEARS 0)

Published By Universiti Malaysia Kelantan

2637-0360

Author(s):  
Nik Yusri Musa ◽  
Ruzaini Ijon

Meskipun setiap sarjana memberikan definisi yang berbeza antara satu sama lain, namun pada asasnya mereka bersependapat bahawa kaunseling merupakan suatu proses interaksi yang bermotifkan memberi khidmat bimbingan, pertolongan serta bantuanoleh seseorang yang mempunyai kelayakan tertentu iaitu kaunselor sebagai pembimbing kepada individu yang menghadapi masalah yang disebut sebagai klien. Kaunseling merupakan satu proses interaksi bersemuka dalam bentuk membimbing, menolong dan membantu antara dua pihak. Bidang kaunseling dan kerja sosial mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kedua-dua bidang ini bermula dan berkembang sebagai satu disiplin ilmu di Barat. Kompetensi pengamal kedua-dua bidang ini juga dipantau oleh badan yang dibentuk. Teori kerja sosial dan kaunseling berkongsi laluan pembangunan yang sama iaitu daripada bidang psikologi dan sosiologi. Selain mejadi satu bidang disiplin ilmu yang tersendiri, kaunseling juga digunakan dalam praktis kerja sosial. Penulisan ini adalah merupakan suatu usaha untuk melihat kaunseling dari aspek hadith Nabawi. Meskipun bidang kaunseling merupakan suatu bidang yang diperkenalkan oleh para sarjana Barat, namun asas-asas pemikiran kaunseling dapat dilihat dan diteliti melalui beberapa hadith Rasulullah s.a.w. Perbezaan pandangan jagat terhadap sumber ilmu juga merupakan perkara pokok wujudnya perbandingan antara kaunseling yang diamalkan dalam masyarakat Barat dengan kaunseling yang diamalkan dalam masyarakat Islam. Penelitian secara umum dapat dilihat dalam penulisan ini. Penulisan ini merumuskan bahawa Islam bukan hanya melihat kaunseling sebagai kerjaya semata-mata akan tetapi ia adalah sebagai suatu ibadat yang perlu dilakukan oleh individu-individu yang berkelayakan.ABSTRACTAlthough there are a number of definitions given, it is essentially agreed that counselling is a process of interaction that is motivated to providing assistance by a person who has certain qualifications such as counsellor as a guide to an individual who has a problem namely a client. Counselling is a face-to-face interaction process in the form of guiding, helping and giving advice between two parties. The field of counselling and social work has its own history. Both fields started and grow as a discipline in the West. The practitioners' competencies of these two fields are also monitored by the established bodies. Social work theory and counselling share the same path of development that is from psychology and sociology. In addition to being a separate discipline, counselling is also used in the social work practice. This writing is an attempt to see the aspects of counselling in hadith of Nabawi. Although the field of counselling is introduced by Western scholars, however, the foundations of counselling ideas can be viewed and studied through some of the hadith of Rasulullah s.a.w. Differences in the universal view about the source of knowledge are also a central point of comparison between the practices of counselling between the Western and Muslim community. This article concludes that Islam not only looks at counselling as a mere career but also as an act of worship that needs to be done by qualified individuals.


Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document