HADIS
Latest Publications


TOTAL DOCUMENTS

7
(FIVE YEARS 7)

H-INDEX

0
(FIVE YEARS 0)

Published By Penerbit Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

2550-1585, 2231-9018

HADIS ◽  
2021 ◽  
Vol 11 (21) ◽  
pp. 658-667
Author(s):  
Muhammad Aizat Syimir Rozani ◽  
Ahmad Haiqal Fitri Ahmad Fuad

Dunia tidak akan pernah berhenti dengan ujian-ujian kehidupan yang berbentuk musibah sama ada ia ditimpakan ke atas individu atau secara keseluruhan. Walaupun berat musibah yang menimpa namun sebagai orang yang beriman perlu meyakini bahawa terdapat hikmah di sebalik setiap yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Nabi Muhammad SAW misalnya merupakan di antara insan yang paling berat diuji dengan musibah yang pelbagai. Tidak cukup dengan musibah peribadi yang menimpa dirinya seperti kematian ahli keluarga yang terdekat, baginda SAW juga ditimpa musibah dengan diuji dalam perjalanan menyebarkan agama Allah SWT. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW sewajarnya dijadikan teladan dalam kehidupan khususnya apabila melibatkan musibah yang menimpa diri. Oleh itu, artikel ini hadir untuk mengupas isu berkaitan musibah mengikut perspektif Islam serta menganalisis hadis-hadis Rasulullah SAW berkaitannya. Kajian ini juga memfokuskan kepada hadis-hadis Nabi SAW yang terdapat di dalam Kitāb al-Marḍā, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī yang telah dikarang oleh Imam al-Bukhārī. Metodologi yang digunakan adalah secara kualitatif dengan kaedah analisis kandungan secara tematik dengan mengkaji hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan musibah di dalam Kitāb al-Marḍā, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Pemilihan hadis pula adalah merujuk kepada hadis yang mengandungi perkataan yang berasal daripada أَصَابَ – يُصِيبُ - إِصَابَةً. Kajian mendapati bahawa Nabi SAW melalui hadis-hadisnya telah mengajar bahawa musibah merupakan penghapus dosa, permulaan kebaikan dan Baginda SAW juga telah mengajar untuk tidak berputus asa disebabkan musibah yang melanda.


HADIS ◽  
2021 ◽  
Vol 11 (21) ◽  
pp. 733-743
Author(s):  
Lilly Suzana Shamsu ◽  
Norsaleha Mohd Salleh

Istilah Living Hadis  merupakan ungkapan baru khususnya bagi masyarakat Brunei. Istilah ini mula muncul dalam sebuah seminar di UIN Sunan Kalijaga yang mengangkat tema Living Qur’an sebagai Fenomena Sosial-Budaya dianjurkan pada 13-15 Mac 2005. Setelah itu ia mula menjadi perbincangan warga akademik khususnya di UIN Sunan Kalijaga dan secara langsung telah melahirkan karya-karya ilmiah yang mengangkat konsep Living Hadis. Dalam penulisan-penulisan ini mereka mengertikan konsep Living Hadis ini sebagai gejala yang membudaya dalam kalangan masyarakat yang berbentuk pola perilaku yang bersumber dari hadis Nabi Muhammad SAW. Ini bermakna tumpuan mereka adalah mengambil takwilan daripada masyarakat setempat semata terhadap amalan yang dianuti. Lantaran itu, kajian ini signifikan  dijalankan bagi mengetahui definisi konsep yang dimaksudkan lebih-lebih lagi ia mirip dengan frasa masyhur iaitu Iḥyā’ al-Sunnah. Metodologi kajian dalam artikel ini menggunakan tinjauan kepustakaan dengan merujuk dan meneliti beberapa penulisan mengenai Living Hadis  yang mula mekar dalam beberapa jurnal berwasit di Indonesia bagi mengenal pasti definisi yang diutarakan. Dalam pada itu, pengetahuan definisi yang ditemukan nanti akan dinilai kesesuaiannya dengan istilah Iḥyā’ al-Sunnah sebagai terminologi yang sudah diguna pakai pada zaman para sahabat dan tabiin. Seterusnya, dapatan kajian akan memberikan pencerahan mengenai keperluan untuk memahami nas agama khususnya nas hadis dalam bentuk pemahaman teks dan kontekstual. Lantas nas-nas berkenaan dapat dihidupkan secara “sahih” lebih-lebih lagi hadis berkaitan akidah.


HADIS ◽  
2021 ◽  
Vol 11 (21) ◽  
pp. 701-717
Author(s):  
Khadher Ahmad ◽  
Ibrahim Adham Mohd Rokhibi

Amalan budaya dalam masyarakat Islam di Malaysia adalah pelbagai dan sebahagiannya mirip kepada amalan yang disarankan dalam sunnah Nabi SAW. Istilah sunnah adalah merujuk kepada sesuatu yang diambil daripada Nabi SAW. Artikel ini bertujuan untuk meneliti dan mengkaji beberapa amalan budaya dalam masyarakat Islam di Malaysia yang mempunyai hubung kait atau mirip kepada amalan sunnah yang disarankan oleh Nabi SAW. Melalui analisis induktif dan deduktif, artikel ini melakukan penilaian hanya terhadap amalan budaya dalam aspek makanan dan pemakanan serta pengubatan Islam sahaja melalui pemahaman dan perbincangan  dalam hadis-hadis yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa bentuk-bentuk amalan budaya dalam aspek makanan dan pemakanan adalah budaya “kenduri” atau menjamu makan dan isu berkaitan dengan makanan sunnah. Sedangkan dalam aspek pengubatan penyakit pula, amalan yang telah menjadi budaya adalah penggunaan jampi dan rukyah, penggunaan bahan rawatan seperti air, daun bidara dan garam dalam rawatan penyakit. Tidak dinafikan bahawa walaupun ia telah menjadi budaya, bukan bermaksud bahawa amalan tersebut dilarang kerana selagi mana ia tidak melanggar batas ketentuan syarak, maka dibenarkan untuk terus diamalkan.


HADIS ◽  
2021 ◽  
Vol 11 (21) ◽  
pp. 689-700
Author(s):  
Syarul Azman Shaharuddin ◽  
Abur Hamdi Usman ◽  
Mariam Abd. Majid ◽  
Muhammad Yusof Marlon Abdullah ◽  
Siti Nor Atiqah Amran

Keusahawanan merupakan sebahagian daripada jihad ekonomi serta pemangkin utama dalam perkembangan kesejahteraan umat Islam. Hal ini dapat dinilai berdasarkan sejarah perkembangan Islam, bermula dari perniagaan Siti Khadījah RA dan kehebatan perdagangan para sahabat serta amalan infak demi penyebaran agama Islam. Terdapat hadis yang menyentuh bidang keusahawanan, sama ada daripada galakan, ciri-ciri dan peranan usahawan. Hadis-hadis ini dilihat berharga sebagai dorongan umat Islam untuk menceburi bidang keusahawanan. Oleh itu, pengkaji menggunakan metodologi tinjauan literatur sistematik (systematic literature review) dalam menganalisis hadis tematik berkaitan galakan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan umat Islam. Berdasarkan kaedah tinajaun literatur sistematik (systematic literature review), kajian mendapati lima (5) hadis yang menepati objektif kajian manakala status hadis terdiri daripada tiga (3) hadis ṣaḥīḥ, satu (1) hadis ḥasan, dan satu (1) hadis ḍa‘īf. Islam menggalakkan pengikutnya menceburi bidang ini namun perlaksanaannya hendaklah berlandaskan syariat Islam dengan meninggalkan larangan dan melaksanakan suruhan. Implikasi daripada keusahawanan yang menepati syariat Islam akan melahirkan anjakan paradigma dalam budaya perniagaan Islam. Semestinya dengan mengamalkan budaya perniagaan Islam, akan memberi impak besar dan positif terhadap kemajuan ekonomi ummah.


HADIS ◽  
2021 ◽  
Vol 11 (21) ◽  
pp. 668-688
Author(s):  
Mohamed Maher Mohamed al-Mazloom

This research presents Imam al-Bazzār’s term ‘Majhūl [unknown] Narrator’ Through studying the narrators who are described by this term in his Musnad [Collection of Hadiths] in order to understand what the term means to him. The term is one of the invalidation [al-Jarḥ] terms according to hadith critics. I started the research with giving a brief introduction of Imam al-Bazzār, and then defined the term “Majhūl Narrator” by linguists, Hadith critics and its narrators. Then I explained the significance of the term according to Imam al-Bazzār through studying the narrators who are described by this term in his Musnad, comparing his sayings with the sayings of other hadith critics on each one of these narrators. Then I came to a conclusion of each one, showing the judgement on him, and what Imam al-Bazzār meant by the term for each of them. Finally, I concluded the research with the most important results.


HADIS ◽  
2021 ◽  
Vol 11 (21) ◽  
pp. 718-732
Author(s):  
Wan Muhd Usaid Wan Subki ◽  
Muhamad Rozaimi Ramle

Terdapat kecenderungan sebahagian pengkaji-pengkaji moden untuk menolak riwayat al-Wāqidī secara mutlak dengan alasan beliau perawi yang terlalu lemah. Namun, kecenderungan ini dilihat berbeza dengan pendirian ulama silam yang menerima riwayat al-Wāqidī apabila memenuhi syarat yang mereka gariskan. Antara ulama silam yang menerima riwayat beliau dengan syarat ialah Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī. Beliau didapati banyak menukilkan riwayat al-Wāqidī dalam kitabnya Fatḥ al-Bārī. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat metodologi Ibn Ḥajar ketika berinteraksi dengan riwayat al-Wāqidī. Antara tujuan utama Ibn Ḥajar ketika membawakan riwayat al-Wāqidī dari kitabnya al-Maghāzī adalah bagi melengkapkan perincian kisah sirah sedia ada. Ini kerana al-Wāqidī merupakan seorang yang agak teliti dan mempunyai pengetahuan tambahan dalam memberikan perincian mengenai sesuatu peristiwa. Kajian ini akan menganalisis metodologi Ibn Ḥajar ketika menggunakan riwayat al-Wāqidī untuk memperincikan kisah sirah. Kajian ini akan menggunakan metod kaedah induktif iaitu menganalisis data melalui penelitian dan pemerhatian terhadap fakta-fakta yang khusus untuk menggagaskan teori dan prinsip yang bersifat umum. Hasil kajian mendapati bahawa Ibn Ḥajar banyak menggunakan riwayat al-Wāqidī bagi melengkapkan perincian kisah sirah terutamanya pada empat aspek yang utama iaitu dari sudut perincian bagi tempoh dan waktu bagi sesuatu peristiwa, bilangan yang terlibat dalam sesuatu peristiwa, sebab peristiwa itu berlaku, perincian mengenai nama dan juga perincian mengenai sesuatu tempat. Justeru, jelas bahawa al-Wāqidī mempunyai banyak perincian terhadap kisah sirah lalu dinukilkan oleh Ibn Ḥajar dalam kitabnya Fatḥ al-Bārī.


HADIS ◽  
2020 ◽  
Vol 10 (19) ◽  
pp. 551-561
Author(s):  
Abur Hamdi Usman ◽  
Mohd Norzi Nasir ◽  
Norsaleha Mohd Salleh ◽  
Syarul Azman Shaharuddin ◽  
Rosni Wazir ◽  
...  

Underage marriage in modern-day society has gained the attention of many parties and has made an impact on the sociology of the Malaysian society. Marriages involving minors can be linked to numerous issues of child abuse and paedophilia. Some people worry that these children are being exploited by adults for certain reasons. As a result, there have been vicious accusations against the Prophet over the issue of paedophilia through His marriage with ‘Ā’isha RA. Therefore, this article will vindicate such accusations through the Prophet's hadith regarding marriage. Through a qualitative research methodology, anti-paedophilia elements are revealed to have been taught by the Prophet from His marriage with ‘Ā’isha RA. Therefore, to eradicate public misunderstanding on the issue of paedophilia that has been associated with the Prophet’s name, leaders and scholars are tasked with the responsibility of discussing the ideal age limit for a marriage to be deemed appropriate in Malaysia. ABSTRAK: Perkahwinan bawah umur mutakhir ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak sehingga memberikan impak dalam sosiobudaya masyarakat Malaysia. Hal ini kerana perkahwinan bawah umur dapat dikaitkan dengan isu penganiayaan terhadap kanak-kanak dan pedofilia. Sebahagian pihak merasa bimbang jika kanak-kanak ini dieksploitasi oleh golongan dewasa bagi sesuatu kepentingan. Isunya, terdapat tuduhan jahat terhadap Rasulullah SAW berhubung isu pedofilia menerusi perkahwinan Baginda SAW dengan ‘Ā’isha RA. Justeru, artikel ini menganalisis tuduhan tersebut berdasarkan hadis-hadis berkaitan perkahwinan Nabi SAW. Dengan menggunakan metode kualitatif artikel ini mendapati bahawa terdapat elemen anti pedofilia yang diajarkan oleh Rasulullah SAW melalui perkahwinan Baginda SAW bersama ‘Ā’isha RA. Oleh itu, bagi menghapuskan salah faham masyarakat terhadap isu pedofilia menjadi tanggungjawab pemimpin dan sarjana untuk membincangkan status had umur yang ideal ditetapkan di Malaysia.


Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document