Using internationalization-at-home activities to enhance the cultural awareness of health and social science research students: A mixed-method study

2021 ◽  
Vol 100 ◽  
pp. 104851
Author(s):  
Doris Y. Leung ◽  
Christine Kumlien ◽  
Melanie Bish ◽  
Elisabeth Carlson ◽  
Pui Sze Chan ◽  
...  
Author(s):  
Siti Fatimah Bahari

Kertas kerja ini membincangkan bagaimana strategi penyelidikan kualitatif (intensif) dan kuantitatif (ekstensif) berbeza dengan membandingkan aspek–aspek epistemologi dan ontologi dan bagaimana kepercayaan dan pandangan ini menepati objektif intelektual yang berbeza. Pertama sekali kertas kerja ini membincangkan kepentingan memahami falsafah dalam penyelidikan sains sosial dan hubungannya dengan strategi penyelidikan kualitatif (intensif) dan kuantitatif (ekstensif). Kemudian, perbincangan diteruskan dengan membandingkan dua jenis strategi penyelidikan ini berhubung dengan orientasi utama terhadap peranan teori, anggapan–anggapan epistemologi dan ontologi. Anggapan–anggapan epistemologi yang dibincangkan dalam kertas kerja ini termasuklah intepretivism bagi strategi penyelidikan kualitatif (intensif) dan positivisme bagi strategi penyelidikan kuantitatif (ekstensif). Manakala anggapan–anggapan ontologi yang dibincangkan dalam kertas kerja ini meragkumi subjectivism/constructivism bagi penyelidikan kualitatif (intensif) dan objektivisme bagi strategi penyelidikan kuantitatif (ekstensif). Seterusnya bahagian kedua kertas kerja ini, menerangkan bagaimana dua jenis strategi penyelidikan ini menepati objektif intelektual. Akhirnya, sebagai kesimpulan kertas kerja ini membincangkan strategi penyelidikan alternatif iaitu kaedah campuran (mixed methods) yang boleh diaplikasikan dalam penyelidikan sains sosial. Kata kunci: Kualitatif; kuantitatif; epistemologi; ontologi; strategi penyelidikan This paper attempts to discuss how qualitative (intensive) and quantitative (extensive) research strategies differ by contrasting epistemological and ontological aspects and how these beliefs and views fit with their different intellectual goals. Firstly, this paper discusses the importance of understanding philosophy in social science research and its relation to qualitative (intensive) and quantitative (extensive) research strategies. Then it develops by contrasting these two types of research strategies in relation to the principle orientation to the role of theory, epistemological and ontological assumptions. Epistemological assumptions consist of interpretivism for qualitative (intensive) research strategies and positivism for quantitative (extensive) research strategies. Whereas ontological assumptions constitute subjectivism/constructivism for qualitative (intensive) research and objectivism for quantitative (extensive) research strategies. Further it will explain how these two types of research strategies fit the different intellectual goals and finally concludes by discussing an alternative research strategi namely mixed method that may be employed in social science research. Key words: Qualitative; quantitative; epistemology; ontology; research strategies


1992 ◽  
Vol 17 (2) ◽  
pp. 155-167 ◽  
Author(s):  
M. Torrance ◽  
G.V. Thomas ◽  
E.J. Robinson

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document