Belajar membaca ialah suatu proses perkembangan yang berlaku secara berterusan dan kesediaan merupakan konsep yang wujud dalam pelbagai peringkat belajar membaca tersebut. Kesediaan membaca pula biasanya dikatakan sebagai peringkat paling awal dalam kemahiran membaca secara tidak formal yang membabitkan kanak-kanak. Kesediaan membaca melibatkan tret asas umum yang dapat membantu kanak–kanak memulakan alam akademiknya tanpa banyak menghadapi masalah. Sebagai usaha mengkaji kebolehan aspek kognitif dalam kemahiran membaca, ujian kesediaan membaca dalam bahasa Melayu telah dibangunkan. Ujian ini merangkumi enam aspek, iaitu diskriminasi visual, kesedaran fonologi, huruf dan hubungan huruf–bunyi, melengkapkan ayat berpandukan huruf, kata pandang–sebut, dan pemahaman lisan. Ujian ini telah diberikan kepada 130 orang kanak–kanak tadika yang dipilih secara rawak daripada enam buah tadika untuk menentukan kestabilan psikometrik ujian tersebut. Analisis uji–uji semula yang dijalankan menunjukkan bahawa ujian yang dibangunkan mempunyai kebolehpercayaan yang agak tinggi, iaitu lebih daripada 0.80, justeru menunjukkan kegunaan pragmatis ujian ini. Diharapkan ujian ini dapat membantu pihak tadika dalam mengenal pasti kanak–kanak yang memerlukan penumpuan khusus dalam proses pembelajaran merkea, terutamanya dalam aspek membaca.
Kata kunci: Kesediaan; kesediaan membaca; ujian kesediaan membaca
Learning to read is an on–going developmental process and readiness is just a concept in the various stages of learning to read. Reading readiness is often referred as the earliest stage of informal reading skills that involve young children. It is the basic common traits which would help a child to begin his academic endeavour without much difficulties. To study the ability of cognitive aspect on reading, a reading readiness test in bahasa Melayu was developed. This test consists of six aspects, namely visual discrimination, phonological awareness, letter and letter–sound relationship, aural cloze with letter, sight words, and listening comprehension. This test was given to 130 kindergarten children randomly selected from six kindergartens to determine its psychometric stability. A test–retest analysis shows that the test has a fairly high reliability of more than 0.80, hence suggests its pragmatic utility. It is hoped that the test would enable kindergarten authority in identifying students who need special attention in their learning process, specifically in reading.
Key words: Readiness; reading readiness; reading readiness test