scholarly journals Penterjemahan Berasaskan Khalayak: Konsep dan Pelaksanaan

2021 ◽  
Vol 28 (2) ◽  
pp. 79-103
Author(s):  
Noor Ashikin Abd Nasir ◽  
Hasuria Che Omar
Keyword(s):  

Perkembangan digital dan Internet telah memberikan kesan yang signifikan terhadap aktiviti penterjemahan. Kebolehan pengguna untuk turut serta dalam aktiviti penterjemahan secara meluas dilihat berlaku dalam konteks terjemahan yang dijana pengguna (user-generated translation, UGT). Perubahan konsep penterjemahan daripada berorientasikan penggunaan yang pasif kepada penterjemahan yang mengambil kira peranan dan sumbangan pengeluar teks serta pembaca menerusi perkembangan Web 2.0 telah membawa pengguna kepada paradigma baharu yang terhasil melalui UGT. Makalah ini bertujuan menjawab persoalan yang berkaitan dengan (1) konsep penterjemahan berasaskan pengguna atau khalayak (crowdsourcing translation), (2) pelaksanaan penterjemahan menerusi kaedah ini, dan (3) implikasinya terhadap penyataan status “profesional” dan “bukan profesional” berdasarkan konteks penterjemahan berasaskan khalayak. Menerusi pemerhatian kualitatif-deskriptif, konsep penterjemahan telah diperincikan, manakala tatacara penghasilan terjemahan serta penentuan status penterjemah telah diteliti melalui kajian kes ke atas platform Flitto.com. Teori Model Dalaman Berteraskan Pengguna dan Model Komuniti telah dimanfaatkan untuk membantu menjelaskan lagi pelaksanaan tatacara penterjemahan berasaskan khalayak yang menjadi fokus kepada penulisan makalah ini.

2009 ◽  
Author(s):  
Maureen S. Marshall ◽  
Karen Morrione ◽  
Curtis Hendrickson ◽  
Sarah Logan Gregory ◽  
Joanne Stein ◽  
...  

2017 ◽  
Author(s):  
Gheorghe Macarie ◽  
Ana Voichita Tebeanu ◽  
Daniela Teodora Chicioreanu
Keyword(s):  
Web 2.0 ◽  

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document