Pemanfaatan Tanduk Rusa Baldu Untuk Tujuan Perubatan Menurut Perspektif Halal dan Haram

Sains Insani ◽  
2018 ◽  
Vol 3 (2) ◽  
pp. 60-67
Author(s):  
Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ◽  
Irwan Mohd Subri

Deer antler velvet is one of the important ingredients used in traditional medicine by many Asean countries including Malaysia. However, there is doubt regarding the halalness of the medicine derived from deer antler velvet taken alive due to the conflict of fatwa. The objective of this paper is to analyse the position of medicine derives from deer antler velvet from Shariah perspectives. The qualitative methode used through documents analysis, interview and observation. The finding shows that the conflict exists because of the different of ijtihad when the deer antler velvet taken from the animal alive. It is due to the issue, whether it hurt the animal or vice versa. Based on the scientific observation, it is proven that deer antler velvet is part of the animal organ and the nerve connected can make the animal suffering if it is taken alive. It is totally different from halal animal fur that remove while they still alive. Thus, any medication derived from deer antler velvet is not permissible and unclean (najs). Alternatively, to make it halal, the animal should be slaughtered before removing the deer antler valvet.   Keywords: deer antler velvet, medicine, fatwa, halal, haram   ABSTRAK: Tanduk rusa baldu merupakan antara bahan penting yang dimanfaatkan dalam bidang perubatan herba tradisional di kebanyakan negara asia, termasuk di Malaysia. Bagaimanapun, timbul ketidakpastian hukum terhadap ubat tanduk rusa baldu yang dipotong ketika masih hidup, iaitu sama ada ia boleh dikategorikan sebagai produk yang halal atau haram untuk dimanfaatkan, lantaran wujud konflik fatwa di Malaysia mengenainya. Objektif kajian ini adalah bagi menganalisis hukum ubat daripada tanduk rusa baldu menurut perpektif halal dan haram. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kualitatif digunakan menerusi pendekatan analisis dokumen, temubual dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati antara punca perbezaan pendapat fuqaha dalam menentukan hukum tanduk yang dipotong semasa hidup adalah disebabkan ijtihad mereka yang berbeza terhadap tanduk haiwan, iaitu sama ada ia termasuk dalam kategori anggota yang menyakitkan jika dipotong atau tidak menyakitkan. Berdasarkan maklumat saintifik dan pemerhatian, terbukti bahawa tanduk rusa baldu adalah sejenis anggota yang bersaraf dan menyakitkan jika dipotong ketika hidup, dan tidak boleh disamakan dengan kes bulu haiwan halal. Justeru, produk perubatan berasaskan tanduk rusa yang diperolehi secara kaedah pemotongan tersebut adalah haram dan najis. Sebagai alternatif, pengambilan tanduk rusa menerusi kaedah penyembelihan secara syarak boleh menukar statusnya menjadi produk yang halal.   Kata kunci: tanduk rusa, baldu, perubatan, fatwa, halal, haram

Planta Medica ◽  
2010 ◽  
Vol 76 (12) ◽  
Author(s):  
F Naghibi ◽  
M Mosaddegh ◽  
S Esmaeili

Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document