Sains Insani
Latest Publications


TOTAL DOCUMENTS

186
(FIVE YEARS 94)

H-INDEX

1
(FIVE YEARS 0)

Published By Universiti Sains Islam Malaysia

0127-7871

Sains Insani ◽  
2021 ◽  
Vol 6 (3) ◽  
Author(s):  
Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif

Usahawan dikenali sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang penting dan memberi nilai yang besar kepada ekonomi setempat. Zakat merupakan mekanisme yang digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan miskin bagi memenuhi keperluan asas dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Dengan menentukan faktor kritikal, kajian ini bertujuan untuk menyelidiki model multidimensi yang dapat digunakan dalam program pembangunan bagi memenuhi keperluan usahawan asnaf luar bandar. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif yang merangkumi pengumpulan data melalui kaedah perpustakaan dan analisis data secara deskriptif. melalui sorotan literatur, konsep dan tema kajian ditetapkan dan dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa untuk menjadikan asnaf seorang sahawan yang berjaya, semua faktor kritikal mesti dititikberatkan, terutama di kawasan luar bandar. Di akhir kajian, dicadangkan sebuah model komprehensif bagi pembangunan keusahawanan asnaf luar bandar.   Entrepreneurs are known as important drivers of economic growth and add considerable value to local economies. Zakat is one of the tools used to help disadvantaged and impoverished people meet their basic needs and improve their quality of life. By defining the critical factors, this study aims to investigate a multidimensional model that can be used in development programmes to meet the needs of rural asnaf entrepreneurs. This study uses a simple qualitative research design that includes data collection through library methods and descriptive analysis. The findings from previous studies were analysed to establish the concept and theme of the analysis. Finally, it is discovered that in order to turn an asnaf into a successful entrepreneur, all of the critical factors must be emphasised, especially in rural areas. As a result, a detailed model for the growth of rural asnaf entrepreneurship is proposed.


Sains Insani ◽  
2021 ◽  
Vol 6 (3) ◽  
Author(s):  
Nizaita Omar

Kehidupan beragama adalah suatu yang amat penting dalam melahirkan modal insan berkualiti sebagai aset utama pembangunan negara. Individu yang memiliki berpegang teguh kepada ajaran agama akan memiliki cara dan budaya hidup yang lebih teratur, motivasi kerja yang tinggi, dan lebih bersemangat untuk meningkatkan kualiti hidup. Keutuhan untuk hidup mengikut lunas agama merupakan keperluan bagi setiap individu sekalipun kepada Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran. Malangnya, golongan ini telah dikenal pasti sebagai golongan yang keciciran dalam pembangunan keagamaan. Pencapaian pelajar OKU Pendengaran dalam mata pelajaran pendidikan Islam dilaporkan sangat lemah. Malah, persepsi mereka terhadap pembelajaran fardu ain adalah membimbangkan apabila menyatakan pengajian ini membosankan dan rasa kurang minat mereka untuk mengikutinya. Kajian yang dijalankan mendapati golongan OKU Pendengaran secara umumnya mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah dan ketinggalan dalam arus pendidikan formal. Justeru, kajian ini akan meneliti berkaitan bentuk permasalahan dan cabaran yang dihadapi dalam pengendalian pembelajaran dan pengajaran (PdP) fardu ain kepada golongan ini. Kajian yang dikemukakan adalah bersifat kualitatif dengan menggunakan analisis dokumen dan temu bual separa struktur dengan pihak atau individu berkepentingan dalam isu yang dikaji. Empat cabaran utama telah dikenal pasti menjadi kekangan dalam pengendalian PdP fardu ain iaitu faktor sikap dan tahap kecerdasan, kurangnya kesedaran, kekurangan kemudahan info dan infrastruktur yang relevan dan sesuai dan kesukaran untuk mendapatkan pengajar agama yang berkemahiran berbahasa isyarat. Diharapkan kupasan yang dikemukakan berhubung isu ini dapat dijadikan asas untuk pihak berkepentingan dan pemegang taruh dalam memastikan pembangunan keagamaan OKU pendengaran dapat dilaksanakan sebaik mungkin.   Religious development is an important aspect in producing quality human capital, which is one of the main assets to national development. Individuals who adhere to Islamic teaching tend to have systematic lifestyle and culture, high work motivation and great enthusiasm for life development. The need to follow the Islamic path must be fostered in every individual including those with disabilities like deaf. They are identified as one of the communities with disability who are most left out in spiritual development. Achievement of students with hearing disability in the subject of Islamic Studies is reported to be poor. This study will examine the problems and challenges faced by the hearing impaired in their religious development. The research uses qualitative method analyzing non-numerical data and interviews from related agencies and key informants. Four main challenges have been identified as constraints in handling of TnL Fardu Ain, namely attitude factors and level of intelligence, lack of awareness, lack of relevant and appropriate information facilities, and infrastructure and difficulty in obtaining religious teachers skilled in sign language. This result is important for associated parties to pay attention to this matter so that the religious development for the deaf can be ensured.


Sains Insani ◽  
2021 ◽  
Vol 6 (3) ◽  
Author(s):  
Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif
Keyword(s):  

Usahawan asnaf dapat diklasifikasikan sebagai asnaf fakir dan miskin yang didedahkan dengan kemahiran dan kecenderungan dalam bidang keusahawanan. Bantuan modal yang diterima oleh institusi zakat membolehkan mereka berkecimpung dalam bidang perniagaan, sekaligus bertujuan untuk menjadikan asnaf sebagai pengeluar zakat. Justeru, artikel ini membincangkan aspek yang dapat diteladani oleh usahawan asnaf berpandukan perjalanan sirah Nabi Muhammad SAW sebagai peniaga dan pedagang yang berjaya. Kajian merumuskan bahawa kualiti peribadi berpandukan agama adalah amat penting membangunkan dan merealisasikan keusahawanan asnaf yang berjaya.   Asnaf entrepreneurs can be classified as poor and needy asnaf who are exposed to skills and inclinations in the field of entrepreneurship. The capital assistance received by zakat institutions enables them to engage in business, at the same time aiming them later to transform into producers of zakat. Thus, this article discusses the aspects that can be emulated by asnaf entrepreneurs based on the historical journey of the Prophet Muhammad SAW as a successful trader. The study concludes that religiously-guided personal qualities are very important in developing and realizing successful asnaf entrepreneurship.


Sains Insani ◽  
2021 ◽  
Vol 6 (3) ◽  
Author(s):  
Hamidi Abdul Rahman

The belief in jinn possession is embedded in the Muslim faith. A previous quantitative study had identified symptoms of jinn possession. It shows that there are overlapping symptoms between jinn possession and mental disorders, leading to different diagnoses. An exploratory study was done to investigate the possibility of jinn possession amongst patients who have already been diagnosed with schizophrenia, bipolar disorder and epilepsy using four case studies. All the patients have at least five significant symptoms of jinn possession and were on medication for their respective mental disorders. Thermal images of the patients were recorded using a thermal imaging camera to monitor temperature change before and after ruqyah. The thermal images before and after ruqyah were compared, and it was observed that parts of the body temperature for all four patients became hotter after ruqyah, indicating that all of them have jinn possession. This reaction to ruqyah is considered as a sign of jinn possession by ruqyah practitioners. It is possible that some of those who have been diagnosed with mental disorders may also have an underlying jinn possession issue. Using ruqyah as a complementary therapy on this category of patients may bring better therapeutic benefits. Further studies need to be conducted to identify the extent of jinn possession amongst those with mental disorders. The symptoms of jinn possession can be used as a guide for identifying possible cases of jinn possession amongst those with mental disorders.   Kepercayaan wujudnya posesi jin adalah sebahagian dari aqidah Islam. Satu kajian kuantitatif telah mengenalpasti simptom-simptom posesi jin. Ia menunjukkan ada pertindihan simptom di antara posesi jin dan kecelaruan mental dan seterusnya menimbulkan diagnosis yang berbeza. Satu kajian rintis telah dijalankan untuk mengkaji kemungkinan adanya posesi jin di kalangan pesakit yang telah didiagnosis mengalami skizofrenia, kecelaruan bipolar dan epilepsi menggunakan empat kajian kes. Kesemua pesakit mempunyai sekurang-kurangnya lima simptom posesi jin yang signifikan dan mengambil ubat-ubatan untuk kecelaruan mental masing-masing. Imej termal pesakit diambil menggunakan kamera pengimejan termal untuk memantau perubahan suhu sebelum dan selepas ruqyah. Imej termal sebelum dan selepas ruqyah dibandingkan dan didapati sebahagian tubuh kesemua empat pesakit menjadi panas selepas ruqyah, satu indikasi bahawa kesemua mereka mengalami posesi jin. Reaksi terhadap ruqyah sebegini dianggap sebagai tanda posesi jin oleh perawat ruqyah. Ada kemungkinan separuh pesakit yang telah didiagnosis dengan kecelaruan mental mungkin mengalami posesi jin. Menggunakan ruqyah sebagai terapi komplementari ke atas kategori pesakit sebegini boleh menghasilkan faedah teraputik yang lebih tinggi. Kajian lanjutan diperlukan untuk mengenalpasti sejauh mana keberadaan posesi jin di kalangan pesakit kecelaruan mental. Simptom-simptom posesi jin boleh digunakan untuk mengenalpasti kemungkinan adanya kes posesi jin di kalangan pesakit kecelaruan mental.  


Sains Insani ◽  
2021 ◽  
Vol 6 (3) ◽  
Author(s):  
Mohamad Afandi Md Ismail

Penglibatan dan daya tarikan bidang keusahawanan semakin meningkat ekoran daripada kemajuan teknologi yang turut memberi kesan positif kepada dunia perniagaan melalui platform digital seperti Alibaba, Shopee, Lazada dan sebagainya. Budaya pembelian secara atas talian yang semakin popular dalam kalangan pengguna, menjadikan fokus para peniaga mula teralih kepada menjalankan perniagaan melalui platform digital. Bagi mengimbangi kehendak semasa dalam bidang keusahawanan, kebanyakan institut pengajian tinggi mula membuat perubahan terhadap kursus-kursus pengajian supaya merangkumi aspek keusahawanan. Perubahan ini diharapkan dapat mengubah persepsi, minat dan memberi galakan kepada para pelajar untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai salah satu kerjaya selepas menamatkan pengajian. Walaupun begitu, masih lagi wujud stigma tentang kerugian kepada para graduan bukan bidang keusahawanan yang menyertai bidang keusahawanan selepas tamat pengajian dan persepsi ketidakmampuan graduan untuk menyertai bidang keusahawan akibat kekurangan pengetahuan berkait keusahawanan semasa mengikuti kursus pengajian masing-masing. Oleh yang demikian, kajian ini akan merungkai kesan pembelajaran kursus pengajian yang ditawarkan di ACIS dalam memberikan keyakinan kepada para pelajar untuk menyertai bidang keusahawanan. Kajian ini akan menggunapakai kaedah kuantitatif melalui soal selidik kepada sejumlah pelajar yang sedang mengikuti pengajian di ACIS. Hasil soal selidik dianalisis menggunakan kaedah SPSS bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati wujud sikap dan minat yang positif dalam kalangan pelajar untuk menyertai bidang keusahawanan serta pelajar percaya bahawa kursus pengajian yang telah mereka ikuti memberi pengetahuan dan keyakinan untuk menceburi bidang keusahawanan. Justeru, kajian ini diharap dapat membantu pelbagai pihak untuk meletakkan aspek keusahawanan sebagai elemen penting dalam struktur pengajian.   The involvement and attractiveness of entrepreneurship are increasing due to technological advances that also positively impact the business world through digital platforms such as Alibaba, Shopee, Lazada, and so on. An increasingly popular online purchasing culture among consumers, making the focus of traders began to flower business through digital platforms. To offset the current needs of entrepreneurship, most institutes of higher learning began to make changes to courses for entrepreneurship. This change is expected to change the perception, interest and encourage students to make entrepreneurship one of the careers after graduation. Nevertheless, there is still a stigma about losses to graduates non-entrepreneurship participating in entrepreneurship after graduation and perception of graduates to participate in entrepreneurship due to lack of entrepreneurial-linked knowledge during their respective courses. As such, this study will undermine the impact of learning courses offered in ACIS in providing confidence to students to participate in entrepreneurship. This study will apply quantitative methods through the questionnaire to several students studying in the ACIS. The following questionnaire will then be analyzed using the SPSS method to answer the objectives of the study. The findings show that there are positive attitudes and interests among students to participate in entrepreneurship and students believe that the course of study they have followed provides knowledge and confidence to venture into entrepreneurship. Hence, this study is expected to help various parties to place entrepreneurial aspects as an important element in the structure of the study.


Sains Insani ◽  
2021 ◽  
Vol 6 (2) ◽  
Author(s):  
S. H. VOON ◽  
M. S. AMRAN

Matematik dianggap sebagai salah satu subjek yang penting bermula dari sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi di Malaysia. Pembelajaran dalam Matematik memerlukan murid memahami sesuatu konsep dengan kukuh dan menyeluruh. Kertas konsep ini membincangkan teori Konstruktivisme sebagai satu falsafah pembelajaran yang popular selama beberapa dekad ini. Selain itu, artikel ini juga mengetengahkan senario pendidikan Malaysia yang masih mengamalkan kaedah pengajaran konvensional dalam pembelajaran Matematik. Pembelajaran yang efektif memerlukan guru mengintegrasikan strategi, teknik dan aktiviti yang dapat merangsang kognitif murid mengikut perbezaan individu untuk membina konsep atau pengetahuan baharu dalam pembelajaran. Penerapan teori Konstruktivisme dalam pengajaran Matematik dilihat sangat penting dalam membantu murid bagi membina dan menyesuaikan maklumat baharu untuk diaplikasikan dalam pembelajaran agar lebih dinamik dan responsif. Sejajar dengan keperluan ini, penulis ingin mengulas dengan lebih lanjut tentang implikasi pengaplikasian teori Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran. Artikel ini turut mengutarakan sorotan kajian tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan teori Konstruktivisme dalam konteks pengajaran guru. Artikel ini pada akhirnya menghuraikan dengan lebih lanjut tentang cabaran dan keperluan guru bagi menerapkan teori Konstruktivisme dalam pengajaran agar dapat membantu guru-guru dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan. Melalui perbincangan dalam artikel ini, pengkaji berharap dapat memberi keyakinan dan motivasi kepada guru-guru yang berminat untuk melaksanakan pendekatan Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.


Sains Insani ◽  
2021 ◽  
Vol 6 (2) ◽  
Author(s):  
YOKE NEE TIONG ◽  
M. SYAWAL AMRAN

Kemahiran menulis memerlukan koordinasi dari segi kognitif dan linguistik untuk menghasilkan penulisan yang baik dan mudah difahami oleh pembaca. Maka boleh dikatakan kemahiran menulis merupakan antara kemahiran bahasa yang rumit dan susah dikuasai oleh murid. Secara umum, murid masih lemah dalam penulisan tidak kira dari segi aspek penjanaan idea, pengembangan idea dan juga pemikiran kreativiti. Kegagalan murid menguasai kemahiran menulis masih menjadi isu yang hangat dan sering dipertikaikan dalam masyarakat. Kertas konsep ini bertujuan menerangkan penggunaan kaedah Brainwriting dalam membantu murid menguasai kemahiran menulis. Kaedah Brainwriting merupakan pembelajaran koperatif yang memerlukan kerjasama antara ahli dengan memberikan ruang kepada murid berkongsi idea secara bertulis. Dalam pada itu, kertas konsep ini mendedahkan prinsip-prinsip dan cara pelaksanaan kaedah Brainwriting dalam penulisan. Isu-isu penulisan turut dibincang secara menyeluruh untuk memberikan gambaran jelas tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran menulis. Kertas konsep ini juga meneliti perkaitan antara kaedah Brainwriting dengan Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky. Implikasi penggunaan kaedah Brainwriting dalam kemahiran menulis juga ditinjau dan dijelaskan berdasarkan kajian-kajian lepas yang berkaitan. Kertas konsep ini diharapkan boleh menyedarkan para pendidik dan pihak sekolah tentang peranan mereka dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan bagi membantu murid menguasai kemahiran menulis. Bukan itu sahaja, kertas konsep ini juga memberi informasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat perancangan reformasi dan inovasi dalam bidang penulisan.


Sains Insani ◽  
2021 ◽  
Vol 6 (2) ◽  
Author(s):  
Suzana Harun ◽  
Zaharah Hussin ◽  
Abdul Muhsein Sulaiman

Pendidikan Inklusif merujuk kepada suatu program pendidikan yang memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana bersama murid aliran perdana. Pendekatan pendidikan inklusif adalah sejajar dengan hasrat kerajaan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, yang berinisiatif untuk meningkatkan enrolmen murid berkeperluan khas dalam program pendidikan inklusif. Terdapat banyak isu atau pemasalahan yang ditemui dalam kajian-kajian yang lepas berkaitan pengajaran dalam kelas inklusif di dalam negara. Salah satu isu yang ditemui dalam kelas inklusif ialah berkaitan pengajaran guru mata pelajaran arus perdana dalam kelas inklusif untuk murid bekeperluan khas. Kertas konsep ini bertujuan untuk meninjau pengajaran Guru Pendidikan Islam dalam kelas Inklusif yang mendorong keperluan terhadap pembinaan model pengajaran inklusif. Kajian yang dijalankan adalah dengan menggunakan rekabentuk Design and Development Research (DDR). Implikasi kajian diharap dapat menyumbang kepada keperluan pembentukan model.   Inclusive Education refers to an educational program that provides opportunities for students with special needs to fully pursue learning in mainstream classes with mainstream students. The inclusive education approach is in line with the government's aspirations contained in the Malaysia Education Blueprint 2013-2025, which initiatives to increase the enrollment of students with special needs in inclusive education programs. There are many issues or problems found in past studies related to teaching in inclusive classrooms in the country. One of the issues found in inclusive classrooms is related to the teaching of mainstream subject teachers in inclusive classrooms for students with special needs. This concept paper aims to review the teaching of Islamic Education Teachers in Inclusive classrooms which drives the need towards the construction of inclusive teaching models. The study was conducted using Design and Development Research (DDR) design. The implications of the study are expected to contribute to the need for model formation.


Sains Insani ◽  
2021 ◽  
Vol 6 (2) ◽  
Author(s):  
Noor Saazai Mat Saad ◽  
Fariza Puteh-Behak ◽  
Norhana Abdullah ◽  
Normazla Ahmad Mahir ◽  
Suzanah Selamat ◽  
...  

Writing is a skill that amalgamates various knowledge like vocabulary, sentence structure, spelling, and grammar. ‘Carousel with a Destination’ (CwaD) is a concept that provides the students with the required knowledge which is to be pieced together in writing. Carousel refers to the stations arranged in a circle and each station offers different activities which are related to the chosen topic and skills for writing. This paper highlights CwaD - the project and more importantly, it discusses the concept of effective fun learning. Thus, to show its effectiveness, the paper puts forth a study as proof of the success of CwaD. This study utilised a simple and direct pencil-paper questionnaire. The respondents were 56 year five students who participated in the project. There are three findings that can be shared. Firstly, the students really enjoyed participating in the project. Secondly, the writing they produced was good as they used the vocabulary, the paragraph structure and correct grammar which they just learnt at the carousel stations. Thirdly, the words they chose to express themselves in the open-ended part of the questionnaire reflect the elements that they like about CwaD – either regarding the activities, the teachers or the ‘learning’ itself. All the words are positively-connotated. CwaD is sustainable in terms of scalability where it can be conducted for any subject and for any number of students. It is beneficial as an introduction or as a recapitulation of any topic. Penulisan merupakan satu kemahiran yang mengumpulkan pelbagai disiplin ilmu seperti perbendaharaan kata, struktur ayat, ejaan dan juga nahu. ‘Carousel with a Destination’ (CwaD) adalah merupakan satu konsep yang menggabungkan semua ilmu yang terlibat bagi menghasilkan sesuatu penulisan.  Carousel merujuk kepada stesen yang disusun di dalam bulatan yang mana setiap stesen tersebut menyediakan aktiviti yang sesuai untuk topik yang telah dipilih bagi kemahiran menulis.  Artikel ini mengetengahkan projek CwaD dan yang lebih pentingnya adalah konsep pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan.  Maka, bagi menunjukkan bahawa CwaD ini berkesan, artikel ini membincangkan satu penyelidikan yang telah dijalankan semasa projek itu dikendalikan. Penyelidikan ini menggunakan soalselidik yang ringkas.  Terdapat 56 responden yang semuanya murid tahun lima yang menyertai CwaD. Terdapat tiga dapatan yang boleh dikongsikan. Pertama, murid-murid sangat gembira dengan projek ini. Kedua, penulisan yang dibuat di akhir projek adalah baik kerana mereka telah menggunakan perbendaharaan kata, struktur perenggan dan nahu yang betul yang telah mereka pelajari di stesen carousel.  Ketiga, perkataan yang mereka kongsikan menunjukkan elemen CwaD – sama ada mengenai aktiviti, guru atau ‘pembelajaran’ itu sendiri.  Semua perkataan itu mempunyai konotasi yang positif.  CwaD adalah bersifat lestari kerana ia mempunyai scalability di mana ia boleh digunakan untuk apa-apa subjek dan juga kepada bilangan pelajar yang pelbagai.  Ia berguna sebagai pengenalan atau rumusan sesuatu topik.


Sains Insani ◽  
2021 ◽  
Vol 6 (2) ◽  
Author(s):  
Abdul Rashid Abdul Aziz ◽  
Nor Hamizah Ab Razak ◽  
Nurhasma Muhamad Saad

Seluruh dunia kini sedang dilanda dengan krisis pandemic COVID-19 yang kian mengganas. Ramai antara individu terjejas dalam kehidupan seharian. Kehadiran virus pembunuh ini telah mengubah cara hidup kebanyakan individu dan menimbulkan pelbagai masalah berkaitan kesihatan mental dan fizikal. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara aktiviti penjagaan kendiri dan kecerdasan emosi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini agar tahap kesihatan rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kesan tekanan yang timbul rentetan pandemik COVID-19 ini. Metod kualitatif melalui kajian perpustakaan dengan menggunakan rekabentuk analisis kandungan telah memfokuskan kepada pemahaman terhadap konsep penjagaan kendiri dan kecerdasan emosi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai komponen dalam aspek penjagaan kendiri semasa pandemik COVID-19 iaitu komponen fizikal, mental, emosi dan spiritual. Manakala dalam meningkatkan kecerdasan emosi pula, terdapat lima faktor penentu termasuklah kesedaran kendiri (self-awareness), pengawalan kendiri (self-regulation), motivasi kendiri (self-motivation), empati dan kemahiran sosial (social skills). Tuntasnya, pengkajian ini dapat menjadi satu platform dan sumber rujukan baru khususnya terhadap institusi kesihatan negara dalam merangka pelan tindakan untuk membantu individu yang terkesan dengan kehadiran wabak COVID-19 ini.


Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document