Cadangan Bantuan Zakat Asnaf Al-Riqab Terhadap Banduan Melalui Latihan Vokasional di Penjara: Kajian di Penjara Wanita Kajang, Selangor
The prison recovery programs involving vocational training program is expected to change the attitude of prisoners towards a more positive and encourage them to become entrepreneurs. Therefore, this study suggests zakat capital support by Lembaga Zakat Selangor (LZS) to prisoners through vocational training programs in prisons and also to ex-convicts who wish to become an entrepreneurs after getting out of prison. Hence this study will examine to what extent this has changed the attitude of the prisoner after undergoing training in prisons and allow them to receive zakah contribution and continuous monitoring to be a good entrepreneur after coming out of prison. The study focused on inmates in two types of vocational workshops namely (1) Bengkel Amanah (skilled inmates) and (2) Bengkel Perusahaan (training inmates) in prison. The data was based on 68 respondents which represent the total number of 152 participants in vocational section from Penjara Wanita Kajang including the views from a prison officer from Vocational and Industrial Section. Data were analysed using factor analysis to establish the construct and analysis of variance. The study found a significant positive changes in attitude within the prisoners, and majority of respondents from Bengkel Amanah is keen to start their own businesses with the help of zakat capital support, and expects continuous guidance from the LZS. This study is expected to be helpful to the LZS in diversifying the forms of distribution of Zakat and indirectly expect the blessing of charity towards the process of educating the soul of this group become more useful, trustworthy, responsible and able to survive while adapting to society. Some implications are discussed in this study. Keywords: Al-Riqab, Changes of prisoners’s attitude, zakah contribution Abstrak Program pemulihan di penjara yang melibatkan program vokasional dijangka dapat mengubah sikap banduan ke arah yang lebih positif dan menarik minat mereka untuk menjadi usahawan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bantuan modal zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada banduan melalui program latihan vokasional di penjara dan juga kepada bekas banduan yang berminat menjadi usahawan setelah keluar daripada penjara. Justeru kajian ini akan mengkaji sejauh manakah banduan ini telah berubah sikap setelah menjalani latihan di penjara dan memungkinkan mereka mendapat bantuan modal zakat dan pemantauan secara berterusan untuk menjadi usahawan yang baik setelah dibebaskan. Kajian memfokuskan kepada banduan dalam dua jenis bengkel vokasional iaitu (1) bengkel amanah (banduan mahir) dan (2) bengkel perusahaan (banduan pelatih) di penjara. Data kajian berdasarkan responden seramai 68 responden yang mewakili 152 orang jumlah keseluruhan peserta bengkel vokasional dari Penjara Wanita Kajang Selangor termasuklah pandangan daripada seorang pegawai penjara di Seksyen Vokasional dan Industri. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis faktor untuk membentuk beberapa konstruk serta analisis varian. Hasil kajian mendapati wujud perubahan sikap yang positif di dalam diri tahanan dan kajian juga mendapati majoriti responden daripada bengkel Amanah amat berminat untuk membuka perniagaan sendiri dengan bantuan modal zakat dan mengharapkan bimbingan berterusan daripada pihak LZS. Kajian ini dilihat amat bermanfaat kepada LZS di dalam mempelbagaikan bentuk pengagihan dana zakat dan secara tidak langsung mengharapkan keberkatan zakat terhadap proses mendidik jiwa golongan ini menjadi insan yang lebih berguna, amanah dan bertanggungjawab serta dapat meneruskan kehidupan disamping menyesuaikan diri dengan masyarakat. Beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini. Kata Kunci: Asnaf al-riqab, Perubahan sikap banduan, bantuan modal zakat