Pembinaan lengkungan peralihan berbentuk C yang memuaskan Data Interpolasi Hermite G2
Makalah ini membincangkan satu kaedah pembinaan lengkungan peralihan berbentuk C yang memenuhi syarat-syarat data interpolasi Hermite Lengkungan peralihan ini dibina berasaskan gabungan dua pilin kuadratik nisbah Bezier atau gabungan bersama satu segmen garis lurus bagi mencapai keselanjaran pada keseluruhan binaan. Kaedah analisis geometri bersama syarat kemonotonan suatu lengkungan kuadratik nisbah Bezier telah digunakan bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian yang dicapai adalah satu teknik pembinaan yang membolehkan kita memperolehi lengkungan peralihan secara terus, mudah diaplikasikan serta tanpa perlu menggunakan sebarang prosedur tranformasi affin. Syarat untuk lengkungan peralihan ini terhasil ditentukan oleh data Hermite yang diberi dan kepelbagaiannya pula dikawal oleh panjang segmen garis lurus yang menghubungkan kedua-dua pilin berkenaan. Keupayaan memenuhi sifat-sifat interpolasi ini memberi banyak kelebihan dan amat sesuai untuk aplikasi tertentu di dalam CAGD (Computer Aided Geometric Design), umpamanya rekabentuk produk industri, trajektori robot non-holonomic, serta rekabentuk mendatar landasan keretapi dan lebuhraya. Oleh kerana kuadratik nisbah Bezier merupakan sebahagian daripada perwakilan NURBS (Nonuniform Rational B-splines) maka adalah mudah bagi kita mengabungjalinkan formulasi lengkungan peralihan yang dicadangkan ini ke dalam kebanyakan sistem pengaturcara CAD (Computer Aided Design).