Penilaian Terhadap Kecekapan Relatif Perpustakaan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia
Kajian ini membincangkan penggunaan kaedah analisis penyampulan data (APD) dalam mengukur kecekapan relatif perkhidmatan perpustakaan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Kaedah APD adalah salah satu teknik yang sesuai digunakan untuk menilai kecekapan relatif satu set unit pembuatan keputusan (UPK) yang homogen. Konsep asas APD ialah mengenal pasti UPK yang cekap berbanding dengan UPK yang lain. UPK yang cekap ini dikenali sebagai Pareto optimum dan ianya dijadikan asas untuk perbandingan dengan UPK yang tidak cekap. Dalam kajian ini perpustakaan yang didapati tidak cekap akan dijalankan analisis kedualan supaya ketidakcekapan dapat diterjemahkan kepada bentuk input dan output. Hasil daripada analisis kedualan ini pihak pengurusan dapat melakukan penambahbaikan supaya perpustakaan yang didapati tidak cekap akan mencapai kecekapan melalui pengurangan dalam input dan pertambahan dalam output. Input dan output yang sesuai diambil kira dalam penentuan kecekapan setiap UPK ditentukan menggunakan ujian isotonisiti. Kajian ini dilakukan ke atas 14 buah perpustakaan IPTA di Malaysia dan hasil kajian menunjukkan 8 buah perpustakaan adalah cekap manakala 6 buah perpustakaan tidak cekap. Kata kunci: Analisis penyampulan data; unit pembuat keputusan; kecekapan relatif; set rujukan; pareto optimum This research discusses Data Envelopment Analysis (DEA) model to evaluate the relative performance of public university libraries in Malaysia. DEA model is a suitable method to evaluate relative performances of a set of homogeneous decision–making units (DMUs). The basic concept of DEA is to identify the efficient decision–making units among all DMUs. This efficient DMU is called a Pareto optimal unit and is considered as the standard for comparison of all inefficient DMUs. In this study, the dual analysis will be carried out for the inefficient libraries in order to interpret the inefficiency in terms of the inputs and outputs. The outcomes of this dual analysis will give the management the improvements that need be done to the inefficient libraries, in terms of reducing the inputs and increasing the outputs. Suitable inputs and outputs for evaluating the performance of DMUs are determined using the isotonicity test. The study is carried out on 14 public university libraries and the results showed that 8 libraries are efficient while 6 are inefficient. Key words: Data envelopment analysis; decision-making unit; relative efficiency; reference set; pareto optimal