Pada masa kini terdapat pelbagai perisian yang digunakan untuk membuat pengiraan anggaran kos projek pembangunan perisian. Kebiasaannya organisasi yang terlibat dengan projek pembangunan perisian akan menggunakan perisian tersebut untuk memudahkan mereka menganggarkan kos sesebuah projek pembangunan perisian yang dilaksanakan. Namun begitu, dengan wujudnya pelbagai model anggaran menyebabkan pengurus projek sukar menentukan model yang sesuai digunakan oleh organisasi untuk membuat pengiraan anggaran kos projek pembangunan perisian. Oleh itu, satu perisian dikenali sebagai Sistem Penyelarasan Kos Projek Pembangunan Perisian (SPKPPP) telah dibangunkan menggunakan model reka bentuk awalan yang terdapat dalam Constructive Cost Model (COCOMO) II. SPKPPP dibangunkan secara prototaip kerana model prototaip mempunyai beberapa kelebihan selain perisian dapat dibangunkan dengan cepat. Setiap model, teknik dan kaedah yang digunakan dalam SPKPPP ini telah diuji dan dapat memenuhi keperluan pengiraan anggaran kos projek pembangunan perisian dan memudahkan pengurus projek membuat pengiraan anggaran kos awalan projek pembangunan perisian yang akan dilaksanakan.
Kata kunci: Constructive Cost Model (COCOMO) II, SPKPPP, anggaran, model reka bentuk awalan, prototaip
Recently, there are many software tools that have been used to estimate software development project. Conventionally, most organization that involved in developing software development project used the software to ease the estimation problems. However, project manager has faced some difficulties in finding the convenient software for their needs because of the availability of many estimation software projects in the market and the cost are very expensive. In order to achieve local economic market in budgeting, this research has focused on the analysis of System Estimation of Software Development Project (SESDP) using early design model in Constructive Cost Model (COCOMO) 2.0. The software development prototype model has been used to develop the SESDP as it can be rapidly developed. At the end, each type of model, technique and method involved in the development software has been tested for estimating the measurement in latest software development project. From the analysis, the project manager has found that the tool has been easily used to estimate the early software cost development project.
Key words: Constructive Cost Model (COCOMO) II, SESDP, estimation, early design model, prototype