Artikel ini cuba mengupas matlamat Pendidikan Islam yang ingin dicapai oleh Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kupasan matlamat ini berdasarkan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif yang dilaksanakan di lapan buah sekolah menengah di Malaysia dalam bentuk temu bual bersama GCPI, dua orang rakan serta dua orang pelajar mereka, dan Pengetua atau Guru Penolong Kanan sekolah. Dapatan data verbetim temu bual ini kemudian disusun tadbir dalam program N'Vivo versi 7.0 untuk menghasilkan tema dan jadual matriks berkaitan dengan matlamat Pendidikan Islam. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat empat pola matlamat yang ingin dicapai oleh GCPI dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam mereka di dalam kelas, iaitu memindahkan ilmu, perubahan tingkah laku, pelajar menjadi cemerlang, dan pelajar berjaya di dunia dan akhirat. Kupasan matlamat ini dibentangkan dengan perbandingan pemahaman responden terhadap matlamat ini, alasan terhadap matlamat dan pengakuan terhadap matlamat yang wujud itu kepada GCPI. Seterusnya, dapatan kajian ini dibincangkan untuk melihat ciri persamaan dan perbezaan yang wujud antara dapatan kajian ini dengan pandangan tokoh pendidikan tentang matlamat pendidikan Islam. Pada bahagian akhir artikel ini, satu model matlamat dibina daripada pola dapatan kajian untuk dijadikan asas pegangan kepada guru-guru Pendidikan Islam.
Kata kunci: Matlamat pendidikan; guru cemerlang pendidikan Islam
This article will examine the teaching aims that should be achieved by the Excellent Teacher of Islamic Education (ETIE) during the lesson of Islamic Education in the classroom. This research was a case studies using the qualitative approaches that was carried out in eight secondary schools in Malaysia. In this study, the researcher conducted several interviews with eight ETIE, two of their colleagues, two of their students, their school principal or school senior assistant teacher. The verbatim data from the interviews were managed and compiled using the N'Vivo version 7.0 in order to construct related themes and matrix tables regarding the aims of teaching of Islamic education. The findings showed that there were four patterns of goals that should be achieved by the ETIE during the lesson of Islamic Education in the classroom, i.e. the transferring knowledge, behavioral changes, excellent student, and successful student in this world and the hereafter. The discussion covers comparison of respondents’ understanding on the teaching goals as well as the reasons and explanation for setting the teaching goals by the ETIE. Furthermore, the discussion also looked at the similarities and differences between the findings of this study and the views of educational experts regarding the aims of Islamic Education. Finally, based on the findings, a model of teaching goals of Islamic Education was formulated as a guidelines for Islamic Education teachers.
Key words: Teaching aims; excellence tacher in Islamic education (ETIE)