Alternative Approach In Enhancing The Bandwidth Of The Microstrip Antenna
Antena merupakan satu komponen penting dalam sistem komukasi wayarles. Antena mikrojalur boleh digunakan untuk aplikasi wayarles kerana ia mempunyai ciri–ciri seperti ringan, mudah dipasang dan dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Walaupun antenna mikrojalur mempunyai ciri–ciri tersebut yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam aplikasi wayarles, namun ia mempunyai satu kekurangan yang agak serius, iaitu ciri lebar jalur yang sempit. Selalunya, antena mikrojalur mempunyai jalur di antara 1 – 3%. Tetapi, sekiranya kekurangan ini dapat diatasi, potensi antena mikrojalur boleh dimaksimumkan. Satu teknik alternatif untuk memperluaskan lebar jalur antena mikrojalur telah dikaji dan dicadangkan di sini. Aplikasi wayarles yang telah dipilih untuk dikaji ialah rangkaian kawasan tempatan tanpa wayar (WLAN) berasaskan kepada piawaian IEEE 802.11b. Di Malaysia, jalur WLAN adalah di antara 2.4 GHz hingga 2.48 GHz. Teknik yang dipilih untuk meluaskan lebar jalur ini ialah Antena Mikrojalur Dua Tampal Serupa Dengan Ruangan Udara (IDMA). Dengan menggunakan teknik ini, perluasan lebar jalur hingga lebih kurang 11% dapat dicapai. Jalur ini sememangnya dapat merangkumi jalur WLAN dengan frekuensi operasinya pada 2.45 GHz. Kata kunci: Rangkaian kawasan tempatan wayarles (WLAN); antena mikrojalur dua tampal serupa dengan ruangan udara (IDMA) Antenna is a vital component in wireless application systems. The microstrip antenna can be used for wireless applications as it has features such as light weight, easily mounted and it is easy to mass produce. Although there are many features that suits well for microstrip antenna to be deployed for wireless applications, there is a very serious limitation where it has a very narrow bandwidth. The typical bandwidth of the microstrip antennas is between 1 – 3%. If this limitation is eliminated, the microstrip antenna can be used to its full potential. An alternative bandwidth enhancement technique is studied and then proposed in order to broaden the bandwidth of the microstrip antenna. The wireless application that is selected to be studied is the Wireless Local Area Network (WLAN) based on the IEEE 802.11b standard. In Malaysia, this WLAN band spans from 2.4 GHz to 2.48 GHz. The bandwidth enhancement technique which is selected is the Identical Dual–Patch Microstrip Antenna with Air–Gap (IDMA). By using this technique, a bandwidth enhancement of about 11% has been achieved. This bandwidth very well covers the required WLAN band with an operating frequency of 2.45 GHz. Key words: Wireless local area network (WLAN); identical dual patch microstrip antenna with air–gap (IDMA)