Kestabilan lapisan tipis cecair pada permukaan pepejal di bawah kuasa kutub dan elektrostatik dikaji. Aliran ditunjukkan oleh persamaan Navier–Stokes dua dimensi dipasangkan dengan persamaan penerusan serta digabungkan dengan garisan sempadan. Lapisan tipis adalah dimodelkan sebagai cecair Newtonian dua dimensi ketumpatan, ρ dan kelikatan, μ mengalir pada permukaan mendatar. Lapisan tebal purata, h0 adalah dianggap cukup tebal untuk mengabaikan kesan graviti dan dihadkan oleh gas pasif serta ditambah pada sisinya kepada infiniti (model dua dimensi). Kuasa jasad pada persamaan Navier–Stokes telah diubahsuai dengan mengambil kira interaksi di antara (kuasa kutub dan elektrostatik) lapisan cecair dengan permukaan pepejal disebabkan oleh kuasa kutub dan elektrostatik. Pengubahsuaian persamaan Navier–Stokes dengan gabungan garisan sempadan diselesaikan dengan menggunakan persamaan panjang gelombang untuk mendapatkan persamaan tidak lurus evolusi permukaan–permukaan lapisan. Bahagian kuasa elektrostatik adalah lebih besar dalam nilai kuasa kutub dan berpengaruh terhadap sifat lapisan tipis serta kesan utama pada sifat–sifat tenaga bebas berlebihan, kadar penambahan, kadar penambahan maksimum, nombor gelombang natural, nombor gelombang berpengaruh dan masa pecahan. Maka, teori linear adalah kurang menunjukkan sifat-sifat kestabilan lapisan. Pengiraan menunjukkan bahawa kuasa kutub dan elektrostatik hanya boleh digunakan untuk penghasilan lapisan mendatar dengan ketebalan h0