PENDIDIKAN ANAK-ANAK MENERUSI SURAH LUQMAN DALAM NOVEL AYAHANDA
ABSTRAK Proses pendidikan dan pembentukan perkembangan sahsiah awal anak-anak bermula dari rumah. Pelbagai dasar dan sistem pendidikan dirangka bagi melahirkan generasi yang cemerlang. Namun begitu, segelintir umat Islam tidak menyedari bahawa pendidikan anak-anak telah dimaktubkan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Kaedah pendidikan anak-anak terkandung di dalam al-Quran menerusi Surah Luqman. Surah Luqman mengandungi kata-kata nasihat Luqman al-Hakim terhadap anak-anaknya. Sehubungan dengan ini, makalah ini menumpukan penganalisisan terhadap pendidikan anak-anak menerusi Surah Luqman dengan tujuan untuk memperlihatkan pendidikan yang berasaskan al-Quran berupaya membimbing dan mendidik anak-anak. Penelitiannya adalah mendasari novel Ayahanda (1997) karya nukilan Azizi Haji Abdullah. Makalah ini menggunakan Pendekatan Kemasyarakatan yang terkandung dalam teori Pengkaedahan Melayu sebagai kerangka analisis. Pendekatan ini menekankan bahawa karya sastera sebagai alat untuk mensejahtera dan membahagiakan umat manusia. Justeru, selain menilai karya sastera, pendekatan ini turut menilai pengarang itu sendiri, iaitu untuk melihat sejauh mana keserasian isi tema sesebuah karya selaras dengan sikap dan pandangan hidup pengarangnya. Kajian jelas memperlihatkan bahawa pendidikan anak-anak oleh Luqman al-Hakim menepati kehendak dan garis panduan Islam dalam mendidik dan membimbing perilaku serta keperibadian anak-anak ke arah kesempurnaan. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan kemasyarakatan bersesuaian untuk diterapkan dalam kajian ini sebagai wadah untuk pendedahan kepada permasalahan yang wujud dalam masyarakat demi mencari kebaikan dan keadilan seperti yang dituntut dalam Islam. Rumusannya, pendidikan berasaskan al-Quran merupakan sumber pendidikan terbaik dalam mengimbangi aspek jasmanidan rohani anak-anak. ABSTRACT The process of early childhood education begins at home. Various policies and education systems have been designed to create an excellent generation. However, some Muslims do not realise that early childhood education has been outlined by Allah SWT in the Quran with the method of child education highlighted in Surah Luqman whereby the chapter contains the advice of Luqman al-Hakim to his children. This paper focuses on the analysis of child education through Surah Luqman with the aim of proving that education anchored on the Quran is able to guide and educate children. The study is based on a novel entitled Ayahanda (1997) by Azizi Haji Abdullah. This article uses the Community Approach Embodied in the Theory of Malay Methodologies as the framework for analysis. This approach emphasises literary works as tools for the prosperity and happiness of mankind. The findings show that child education by Luqman al-Hakim conforms to Islamic requirements and guidelines in educating and guiding children towards perfection. The findings also point to community approaches as appropriate to be applied as tools for exposing the problems and questions that exist in society for the sake of seeking goodness and justice as upheld in Islam. In conclusion, education based on the Quran is the best resource in balancing the physical and spiritual aspects of children.