Kaedah E–suara Dalam Peperiksaan Murid–murid Pendidikan Khas
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah e–suara dalam membantu murid-murid pendidikan khas kategori bermasalah pembelajaran dalam menjawab soalan peperiksaan tanpa melakukan modifikasi dari segi isi kandungan atau kualiti soalan peperiksaan berkenaan. Pentaksiran alternatif yang dilakukan dalam kajian ini menggunakan pendekatan penyampaian soalan berbantukan komputer, iaitu suatu transformasi daripada pentaksiran pendekatan konvensional berbentuk paper–and–pencil. Dalam kajian ini, sebanyak 163 orang murid tingkatan 3 pendidikan khas bermasalah pembelajaran dari seluruh negara diambil sebagai sampel kajian. Sampel ini dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu (1) kumpulan murid yang menjawab soalan peperiksaan dengan menggunakan kaedah konvensional; (2) kumpulan murid yang menjawab soalan peperiksaan dengan menggunakan kaedah e–suara I, iaitu melihat dan mendengar item soalan melalui komputer tetapi menjawab dengan cara biasa/konvensional; (3) kumpulan murid yang menjawab soalan peperiksaan menggunakan kaedah e–suara II, iaitu membaca dan mendengar item soalan melalui komputer dan menjawabnya dengan bantuan komputer. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian subjek kajian (SK) pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang menggunakan kaedah e–suara II lebih baik dengan skor min sebanyak 8.35 berbanding dengan dua kaedah penilaian lain. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa kaedah e–suara dapat membantu murid–murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran menjawab soalan peperiksaan dengan lebih yakin berbanding dengan kaedah lain. Kata kunci: Pentaksiran; e–suara; pendidikan khas; peperiksaan; teknologi pendidikan This research aims to investigate the effectiveness of e–suara in helping special education students categorized as learning disabilities in answering examination questions without changing the content or quality of the questions. The alternative evaluation carried out in this research was computeraided which was a transformation from the conventional paper–and–pencil approach. A total of 163 special education form two students nationwide were selected as sample in the research. They were divided into three groups; (1) group of students who answered the examination questions by using the conventional method; (2) students who answered the examination questions by using the e–suara I method, that is seeing and reading and listening to the examination questions through computer but answered the questions by using the conventional method; and (3) group of students who used e–suara II method that is seeing/reading and listening to examination questions and answered using the computer. Findings show that students who answered questions using the e–suara II method performed better in the examination with min score of 8.35 compared to the other two groups. Generaly, e–suara method can help special education students to answer examination question better than the conventional method. Key words: Assessment; e–suara; special education; examination; educational technology