Pekali Penyerapan Bunyi Dan Indek Kehilangan Penghantaran Panel Penyerap Bunyi Menggunakan Gentian Sabut Kelapa
Kajian ini dilakukan untuk menentukan sifat akustik panel penyerap bunyi yang di rekabentuk menggunakan bahan gentian sabut kelapa melalui ujikaji dan simulasi. Perbandingan nilai pekali penyerapan bunyi antara bahan gentian sabut kelapa asli dan sabut kelapa yang dimasukkan kedalam panel komposit berlubang telah dibuat. Lapisan luar panel difabrikasi menggunakan panel komposit gentian asli/poliester manakala sabut kelapa terawat digunakan sebagai bahan penyerap bunyi. Panel diuji menggunakan piawaian ISO 354 bagi ujikaji pekali penyerapan bunyi manakala simulasi dijalankan menggunakan perisian WinFLAGTM. Ujian indek kehilangan penghantaran bagi panel penyerap bunyi menggunakan sabut kelapa telah dijalankan dan perbandingan dengan gentian kelapa sawit telah dibuat. Bagi ujikaji pengukuran indek kehilangan penghantaran, Piawaian ISO 717–1 telah digunakan sebagai piawaian. Bagi pekali penyerapan bunyi, hasil eksperimen memberikan nilai penyerapan di antara 0.70 dan 0.80 untuk julat frekuensi dari 1000 Hz sehingga 1800 Hz manakala nilai pekali yang diperoleh dari simulasi pula adalah 0.7 sehingga 0.85 bagi frekuensi berjulat 500 Hz sehingga 2500 Hz. Untuk ujian kehilangan penghantaran, purata indeks kehilangan penghantaran yang dicatatkan adalah 20 dB untuk panel yang mengandungi sabut kelapa dan 17 db untuk panel yang mengandungi gentian kelapa sawit. Hasil keputusan menunjukkan pekali penyerapan bunyi yang diperoleh melalui kaedah eksperimen dan simulasi memberikan nilai yang boleh dianggap baik dan setanding dengan bahan penyerap komersial di pasaran seperti gentian sintetik dan tatal batuan. Indeks kehilangan penghantaran bagi panel yang gentian sabut kelapa pula adalah lebih baik berbanding panel yang mengandungi gentian kelapa sawit. Kata kunci: Bahan akustik; sabut kelapa; pekali penyerapan bunyi; indek kehilangan penghantaran; bilik gema This study was carried out to determine the acoustic properties of a noise absorption panel that was designed to use a coir fibre as noise absorption materials through experimental test and simulation. Comparison of noise absorption coefficient between natural coir fibre and coir fibre inserted inside a perforated panel have been carried out. The outer layer of the panel was fabricated using a coir fibre/polyester composites and treated coir fibre was used as absorption materials. The panel has been tested using ISO 354 standard for noise absorption coefficient while the simulation was carried out using WinFLAGTM software. The transmission loss index test for panel using coir fibre has been carried out and the results was compared with panel using an oil palm fibre. For the transmission loss index, ISO standard 717–1 was used. Experimental results for the noise absorption coefficient give coefficient values between 0.70 and 0.80 for frequency range of 1000 Hz to 1800 Hz while the results from simulation give a coefficient between 0.7 to 0.85 for frequency range of 500 Hz to 2500 Hz. For the transmission loss test, average transmission loss recorded was 20 dB for the panel using coir fibre and 17 dB for panel using an oil palm fibre. Results obtained shows that sound absorption coefficient obtained through experimental test and simulation were very good and comparable with the commercial noise absorption material such as synthetic fibre and rock wool. Transmission loss index for the panel using coir fibre gives a better results compared to panel using oil palm fibre. Key words: Acoustic materials; coir fibre; sound absorption coefficient; tranmission loss index; reverberation room