Model Pembangunan Keusahawanan Asnaf Luar Bandar
Usahawan dikenali sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang penting dan memberi nilai yang besar kepada ekonomi setempat. Zakat merupakan mekanisme yang digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan miskin bagi memenuhi keperluan asas dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Dengan menentukan faktor kritikal, kajian ini bertujuan untuk menyelidiki model multidimensi yang dapat digunakan dalam program pembangunan bagi memenuhi keperluan usahawan asnaf luar bandar. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif yang merangkumi pengumpulan data melalui kaedah perpustakaan dan analisis data secara deskriptif. melalui sorotan literatur, konsep dan tema kajian ditetapkan dan dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa untuk menjadikan asnaf seorang sahawan yang berjaya, semua faktor kritikal mesti dititikberatkan, terutama di kawasan luar bandar. Di akhir kajian, dicadangkan sebuah model komprehensif bagi pembangunan keusahawanan asnaf luar bandar. Entrepreneurs are known as important drivers of economic growth and add considerable value to local economies. Zakat is one of the tools used to help disadvantaged and impoverished people meet their basic needs and improve their quality of life. By defining the critical factors, this study aims to investigate a multidimensional model that can be used in development programmes to meet the needs of rural asnaf entrepreneurs. This study uses a simple qualitative research design that includes data collection through library methods and descriptive analysis. The findings from previous studies were analysed to establish the concept and theme of the analysis. Finally, it is discovered that in order to turn an asnaf into a successful entrepreneur, all of the critical factors must be emphasised, especially in rural areas. As a result, a detailed model for the growth of rural asnaf entrepreneurship is proposed.