Internet is becoming a popular tool among career-oriented people. Among professionals, some of the engineers use the Internet in their work to search for information. The study is carried out to ascertain comparative availability of the materials on ethics and engineers in four top Internet search engines (ISE’s). Four ISE’s were accessed on 2 February 2011, from 2.21 p.m. to 4.21 p.m. [Gombak Time] using a combination of selected search terms: education, engineer, engineering, ethics, Islam, professional, research, and training. The search results or hits produced by the selected ISE’s were analyzed using a specially created instrument/format. The study computes relative ratios of the coverage of selected terms in relation to the number of hits for selected terms within each ISE. The ratios are obtained by dividing the hits for a search term or combination into the total hits within each ISE. The results of the analysis reveal that the ISE’s contain the highest frequency of materials on engineers and ethics. The findings suggest to engineering students and practitioners of varying capabilities among the ISE’s used in the study to learn about engineering ethics. Limitations of the study and suggestions for further research are included in the study. ABSTRAK: Internet menjadi alat yang popular di kalangan staf yang berorientasikan kerjaya. Di kalangan profesional, para jurutera menggunakan Internet untuk mencari maklumat dalam kerja-kerja mereka. Kajian ini dijalankan untuk menentukan ketersediaan perbandingan bahan-bahan mengenai etika dan jurutera dalam empat enjin carian Internet (ISE) teratas. Beberapa ISE dicapai pada 2 Februari 2011, di antara 2.21 petang sehingga 4.21 petang [waktu Gombak] menggunakan gabungan terma carian yang dipilih: pendidikan, jurutera, kejuruteraan, etika, Islam, profesional, penyelidikan, dan latihan. Keputusan carian atau ‘hits’ yang dihasilkan oleh ISE terpilih telah dianalisis dengan menggunakan instrumen/format yang direka khas. Kajian itu mengira nisbah relatif liputan terma-terma terpilih tersebut dengan jumlah ‘hits’ bagi kesemua terma bagi setiap ISE. Nisbah diperolehi dengan membahagikan ‘hits’ bagi istilah carian atau gabungan istilah dengan jumlah ‘hits’ dalam setiap ISE. Keputusan analisis menunjukkan ISE yang mengandungi kekerapan tertinggi bahan-bahan berkaitan dengan jurutera dan etika. Hasil kajian menyarankan kepada pelajar-pelajar dan pengamal kejuruteraan bahawa wujud keupayaan yang berbeza-beza di kalangan ISE berhubung dengan potensi bahan-bahan berkaitan etika kejuruteraan. Batasan kajian dan cadangan untuk penyelidikan selanjutnya dimasukkan dalam kajian ini. Keywords-engineering ethics; internet search engines; literature; training and development