PEMANTAUAN PERUBAHAN GUNA TANAH MENGGUNAKAN APLIKASI PENDERIAAN JAUH DI PENAMPANG, SABAH
Penampang merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian Pantai Barat Negeri Sabah, berkeluasan 466 198 km2 dan telah mengalami proses pembangunan yang aktif semenjak beberapa tahun yang lalu. Kajian dilaksanakan bertujuan mengenalpasti pola perubahan guna tanah di daerah Penampang bagi tahun 2008 dan 2014 serta menentukan jenis guna tanah yang terdapat di kawasan kajian. Di samping itu, Kajian ini turut mengenalpasti implikasi dan faktor yang mempengaruhi perubahan guna tanah di kawasan kajian. Hal ini penting kerana perubahan guna tanah yang drastik memerlukan kajian dari semasa ke semasa bagi melihat sektor yang berperanan dalam meningkatkan perubahan struktur ekonomi dan telah melibatkan perubahan guna tanah secara keseluruhannya. Kajian ini mengaplikasikan kaedah Klasifikasi Terselia dan diproses dalam perisian Erdas Imagine 2014 untuk tujuan analisis. Hasil kajian mendapati guna tanah di daerah Penampang telah mengalami perubahan yang amat besar sepanjang tempoh kajian. Guna tanah yang telah mengalami perubahan ketara adalah hutan, tepu bina, kawasan lapang dan badan air. Penemuan kajian turut menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perubahan guna tanah serta wujud implikasi ke atas perubahan tersebut. Kajian ini juga mendapati pendekatan penderiaan jauh sesuai untuk diaplikasikan dalam kajian berkaitan perubahan guna tanah. Justeru itu, perancangan dan pengurusan yang sistematik dan efektif perlu dilaksanakan bagi mengawal pembangunan guna tanah di daerah Penampang. Ini penting kerana ia bukan sahaja sebagai petunjuk pembangunan dari perspektif fizikal, tetapi juga petunjuk kepada kesejahteraan awam terutamanya masyarakat setempat agar proses pembangunan berjalan secara terancang dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada persekitaran fizikal untuk generasi akan datang. enampang is a district located at the West Coast of the State of Sabah, with area of 466 198 km2 and has undergone an active development process for the past few years. This study was conducted to identify patterns of land use change in the Penampang for 2008 and 2014 and to determine the type of land use in the study area. In addition, to identify the implications and factors affecting land use change. This is important because drastic land use changes were needed from time to time to look at sectors that play a role in enhancing economic structure changes and involved land use changes as a whole. This study applies the Supervised Classification method and process in the Erdas Imagine 2014 software for analysis. The results show that land use in the Penampang area has undergone significant changes over the years. Land uses that have undergone significant changes are forests, wetlands, open spaces and water bodies. The findings of the study also show that there several factors that influence land use change and its implications. Besides, the sensing approach is well suited for application in land use changes studies. Therefore, systematic planning and management must implement to control land use development in Penampang district. This is important, not only a guide to development from a physical perspective, but also a guide to the well-being of the public and local community so that development process goes smoothly and has no adverse effect on physical environment for future generations.