Penilaian harta tanah yang dibuat adalah bertujuan untuk jualbeli, sewa, percukaian, dan sebagainya. Harta tanah merangkumi empat sektor, salah satu daripadanya adalah sektor kediaman. Rumah merupakan keperluan asas manusia dan menjadi petunjuk utama dalam menilai kualiti hidup penduduk. Walau bagaimanapun, memiliki rumah pada masa kini bukanlah suatu yang mudah disebabkan peningkatan harganya. Walaupun peningkatan harga rumah berlaku hampir di setiap negeri, akan tetapi faktor-faktor yang boleh mempengaruhi nilai kediaman tersebut adalah berlainan. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi penentu ke atas nilai harta tanah. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk membangunkan model faktor penentu nilai harta tanah perumahan teres satu tingkat di Bandar Baru Samariang melalui kaedah statistik ruangan. Penyelidikan ini diperincikan kepada tiga objektif iaitu, mengenalpasti faktor-faktor penentu nilai harta tanah, membangunkan model faktor penentu nilai harta tanah menggunakan kaedah statistik ruangan dan menentukan kekuatan pengaruh faktor terhadap nilai harta tanah berdasarkan model yang dipilih. Penilaian ini memberikan tumpuan kepada responden yang tinggal di perumahan yang terletak di Bandar Baru Samariang termasuklah Taman Putri, Samariang Aman dan Bandar Baru Samariang. Seramai 49 orang responden dipilih berdasarkan lokasi rumah (tepi, tengah dan hujung) menggunakan persampelan rawak berlapis. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh faktor penentu nilai harta tanah di Bandar Baru Samariang. Model yang dibangunkan adalah OLS dan GWR, didapati model GWR adalah lebih baik. Hasil daripada analisis statistik ruangan terdapat tiga faktor signifikan, antaranya ialah black area, kedudukan lot rumah dan jalan raya utama. Ketiga-tiga faktor tersebut banyak memberikan kekuatan pengaruh faktor nilai harta tanah di Taman Putri.
The valuation of real estate is for sale, rent, taxation, and so on. Real estate comprises four sectors, one of which is the residential sector. Home is a basic human need and is a key indicator of the quality of life of the people. However, owning a home today is not an easy task given the high price. Although home prices increase almost every state, the factors that may affect the value of a home are different. There are many factors that determine the value of a property. Therefore, this study aimed to develop a factor model for determining the value of single-storey terraced housing in New Samariang Town through the statistical method. The research is focused on three objectives namely, identifying factors determining property values, developing a model of property valuation factors using spatial statistics method and determining the influence of factors on property values based on the selected model. This assessment focuses on the respondents living in housing located in the new town of Samariang including the Princess Park, Samariang Aman and the new town of Samariang. A total of 49 respondents were selected based on home location (edge, middle and end) using random sampling. The results show that there are seven factors determining the value of real estate in Bandar Baru Samariang. The models developed are OLS and GWR, it is found that the GWR model is better. As a result of the statistical analysis of the room there are three significant factors, including black area, home lot position and main road. These three factors greatly influence the value of property values in Princess Park.