Budaya Politik Baru Pasca PRU KE-10: Analisis Terhadap Transformasi Budaya Politik Melayu Di Terengganu
This study is about the political culture of the Malays. It discusses the changes in the political culture of the Malays in Terengganu manifested after the occurrence of an event of dismissal of Deputy Prime Minister and Deputy President of UMNO who was Anwar Ibrahim on 2 September 1998. The dismissal has produced a wave of resistance in particular from Malays who disclosed this item for a period of time relatively long until and after the general elections of 1999. General Election 1999 has been highlighting a shift support from UMNO to opposition parties that is so obvious. UMNO suffered the worst performance in the election. This study is also done based on the occurrence of the pattern of voting uncertainty shown in four series of the last elections in Terengganu from 1999 until 2013. This is because the convergence of two Islam-Malay based parties namely UMNO and PAS are very intense. Based on election results post 10th General Election shows that the Terengganu State is no longer secure to any political party contesting the election. Each party is seen to have a chance of a balance to form Government in Terengganu. Findings show that development can act as catalyst for the formation of Malay political culture prior and post 10th General Election. In the post 10th General Election, the Malay communities are aware that development does not suggest that people live in comfort but justice should come together. Other than that, the Malay community in Terengganu do not only uphold the values of Islam, Malay and development but they also embrace other values that can keep pace with current political development. Thus, the need for other values such as justice in new politics is indispensable for political transformation. Keywords: Transformation, Political Culture, Malay Political Culture, New Politics. ABSTRAK: Kajian ini adalah satu kajian mengenai budaya politik Melayu. Ia membincangkan transformasi budaya politik masyarakat Melayu di Terengganu yang dimanifestasikan selepas terjadinya peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada 2 September 1998. Pemecatan tersebut telah melahirkan satu gelombang penentangan masyarakat Melayu Terengganu terhadap UMNO-BN. Penentangan tersebut dapat dilihat menerusi anjakan sokongan masyarakat Melayu daripada UMNO-BN kepada parti oposisi yang lain dengan begitu jelas khususnya PAS. UMNO telah mengalami prestasi terburuknya dalam pilihan raya tersebut. Kajian ini juga dilakukan berdasarkan kepada berlakunya pola ketidaktentuan pengundian yang ditunjukkan dalam empat siri pilihan raya yang terakhir di Terengganu melibatkan PRU tahun 1999, 2004, 2008 dan PRU tahun 2013. Hal ini kerana pertembungan dua parti Melayu-Islam utama iaitu UMNO dan PAS sangat sengit. Keputusan pilihan raya pasca PRU-10 menunjukkan bahawa Terengganu bukan lagi menjadi negeri selamat buat mana-mana parti politik yang bertanding. Setiap parti dilihat mempunyai peluang yang seimbang untuk membentuk kerajaan di Terengganu. Hasil kajian menunjukan bahawa pembangunan merupakan faktor utama yang mempengaruhi pembentukan budaya politik Melayu di Terengganu sebelum dan selepas PRU ke-10. Namun begitu pasca PRU ke-10 masyarakat Melayu mula melihat bahawa pembangunan bukan lagi semata-mata mengecapi nikmat keselesaan malahan mesti turut disepadukan dengan prinsip keadilan. Pengundi berkecenderungan untuk bertindak dengan memberikan tindakbalas yang negatif kepada kerajaan sekiranya dasar atau pembangunan yang dibawa oleh kerajaan tidak memberikan hasil atau faedah ekonomi kepada pengundi dan sebaliknya. Selain itu juga masyarakat Melayu Terengganu juga tidak lagi hanya mementingkan nilai-nilai yang berkait dengan ketuanan Melayu, Islam dan pembangunan semata-mata malahan telah mengambil satu nilai yang baru selaras dengan perkembangan politik semasa. Keperluan terhadap nilai-nilai dalam politik baru seperti keadilan adalah releven dan diterima serta mempengaruhi transformasi budaya politik mereka. Kata kunci: Transformasi, Budaya Politik, Budaya Politik Melayu, Budaya Politik Baru.