Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu
Latest Publications


TOTAL DOCUMENTS

30
(FIVE YEARS 30)

H-INDEX

0
(FIVE YEARS 0)

Published By Dewan Bahasa Dan Pustaka

1675-6460, 2682-8049

2021 ◽  
Vol 14 (2) ◽  
pp. 201-218
Author(s):  
Nurulnatasha Azman ◽  

Terdapat penemuan seramik yang banyak di tapak arkeologi di bahagian pantai barat Sabah antaranya di Sungai Padang, Papar, Tuaran, Pulau Eno, Pulau Mengalum, Pulau Rusukan Besar dan Sungai Likas. Hasil kajian yang telah dilakukan mendapati kebanyakan seramik ini berasal dari pelbagai negara dan jangka masa yang berbeza-beza, seperti seramik China dari pelbagai dinasti, seramik dari Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand dan juga Kemboja. Di samping itu, seramik dari Eropah juga turut ditemui. Jangka masa seramik ini adalah dari zaman Dinasti Sung (Abad 10-13 Masihi), Dinasti Yuan (Abad 13-14 Masihi), Dinasti Ming (Abad 14 -17 Masihi), Dinasti Ch'ing (Abad 17-20 Masihi), Eropah (Abad 19-20 Masihi), Thailand (Abad 13- 15 Masihi) dan Vietnam (Abad 14 -15 Masihi). Jumpaan ini menunjukkan berkemungkinan pada suatu masa dahulu kawasan pantai barat Sabah merupakan kawasan perdagangan atau persinggahan yang penting bagi kapal-kapal dagang berikutan penemuan seramik yang banyak dari pelbagai negara dan berlainan jangka masa.


2021 ◽  
Vol 14 (2) ◽  
pp. 263-284
Author(s):  
Tee Boon Chuan ◽  

Hubungan makna antara unit pembayang dan maksud telah banyak dibincangkan oleh sarjana, namun belum lagi difahami sebagai hasil penaakulan analogi Melayu. Kekurangan ini akan ditangani dalam artikel ini yang tujuannya untuk membentuk penaakulan pantun agar dapat dikemukakan dan dijelaskan, sekali gus mengesahkan bahawa pantun ialah bahan dan tradisi logik Melayu dalam sejarah keilmuan Melayu. Keberadaan logik pantun dapat dibuktikan melalui keberadaan "pantun yang cukup elok" menurut pengelasan Za'ba, dan skopnya dicadangkan terdiri daripada lima, iaitu (1) peri alat tahu (yang mengungkapkan unit pembayang dan maksud), (2) peri objek tahu (isi unit pembayang dan maksud), (3) peri perbahasan atau kebolehanalogian (unit pembayang berhubungan secara analogi dengan unit maksud serta punca-punca kegagalannya), (4) peri penaakulan analogi (bentuk dan jenis analogi yang digunakan dalam penggubahan pantun), dan (5) peri falsafah penaakulan (justifikasi tentang keunikan dan kelebihan pantun bertaakul secara analogi). Berdasarkan pantun bertulis terawal dari tahun 1371 M, sejarah bertulis logik pantun secara khusus dan sejarah logik Melayu secara umum sepanjang 650 tahun dapat dibina semula menurut kerangka skop logik pantun yang dicadangkan artikel ini.


2021 ◽  
Vol 14 (2) ◽  
pp. 181-200
Author(s):  
Salilah Saidun ◽  

Modern nursing started in Malaysia during the colonial rule and with embedded colonial values. During the first two decades of post-independent Malaysia, the Malays were a minority in the nursing workforce despite being the majority population. This study examines the issue of this paradoxical underrepresentation of Malay women from the lens of Malay culture during this period. Document analysis was conducted on relevant annual reports, official letters, minute papers, newspaper articles and parliamentary debates official reports between 1957 and 1977. The findings suggest that the underrepresentation of the Malays in nursing was predominantly due to the disinterest of Malay women to become nurses due to the discordance between the Malay culture and various aspects of nursing. This article highlights the importance of a culturally sensitive work environment in promoting inclusivity for the diverse members of the society.


2021 ◽  
Vol 14 (2) ◽  
pp. 159-180
Author(s):  
Suriati Ghazali ◽  
◽  
Norizan Musa ◽  

Mengerjakan haji menjadi impian setiap orang yang beragama Islam. Antara faktor yang menjadi pertimbangan ibu bapa untuk memenuhi hasrat ini termasuklah anak-anak yang masih dalam tanggungan dan ketidakecukupan wang. Masa yang sesuai untuk memenuhi impian terpendam ini adalah apabila anak-anak sudah dewasa dan telah bekerja. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana bantuan wang ringgit daripada anak-anak dapat membantu ibu bapa mengerjakan haji. Seterusnya, membandingkan bantuan kewangan berasaskan gender anak-anak. Responden kajian terdiri daripada 10 orang ibu atau bapa berumur 60 tahun dan ke atas, berbangsa Melayu dan beragama Islam. Responden dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan, dan mereka telah ditemu bual secara mendalam. Data dan maklumat hasil temu bual dianalisis menggunakan analisis kandungan dan disusun mengikut tema selepas ditranskripsikan dan dibincangkan. Hasil kajian ini mendapati sokongan berbentuk pemberian wang secara tidak tetap dan berkala, serta pembiayaan sepenuhnya telah berjaya merealisasikan impian sebahagian ibu bapa untuk mengerjakan haji. Kajian ini telah menyumbang kepada pengetahuan tentang peranan sokongan berbentuk kewangan daripada anak lelaki dan perempuan telah memainkan peranan untuk membantu ibu bapa memenuhi cita-cita menunaikan haji, satu perjalanan massa (besar-besaran) yang diwajibkan atas semua warga Muslim (yang berkemampuan). Khususnya, mereka yang sudah berumur, yang ingin mencapai impian memenuhi rukun Islam yang kelima.


2021 ◽  
Vol 14 (2) ◽  
pp. 239-262
Author(s):  
Intan Suraya Zainol ◽  
◽  
Haslina Haroon ◽  

Terjemahan tidak langsung ialah karya terjemahan yang dihasilkan bukan secara langsung daripada teks sumber tetapi secara tidak langsung dengan menggunakan teks perantara. Disebabkan hal ini, timbul kekhuatiran akan wujud perbezaan antara teks terjemahan tidak langsung dengan teks sumber asal. Dengan mengambil kira hal ini, kajian meneliti pengaruh teks perantara dalam terjemahan tidak langsung kepada bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan teks terjemahan tidak langsung dalam bahasa Melayu bertajuk Nurani Tanah Melayu, teks perantara dalam bahasa Inggeris bertajuk The Soul of Malaya dan teks sumber dalam bahasa Perancis bertajuk Malaisie. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk meneliti sama ada penggunaan teks perantara bahasa Inggeris dalam terjemahan tidak langsung kepada bahasa Melayu mempunyai kesan terhadap teks terjemahan, iaitu dari segi kesetiaannya pada kandungan teks sumber asal dalam bahasa Perancis. Perbandingan dilakukan antara teks sumber, teks perantara dan teks terjemahan. Kajian ini mendapati bahawa dalam beberapa kes, perbezaan antara teks terjemahan dan teks sumber asal sememangnya timbul dalam terjemahan tidak langsung. Perbezaan ini wujud dalam bentuk penambahan, pengguguran dan pindaan. Walau bagaimanapun, perbezaan yang berlaku bukan disebabkan pengunaan teks perantara semata-mata tetapi juga disebabkan penyesuaian yang dilakukan oleh penterjemah sendiri.


2021 ◽  
Vol 14 (2) ◽  
pp. 219-238
Author(s):  
Poh Gee Leng ◽  
◽  
Mumtaz Begum Aboo Backer ◽  

Pengamalan sistem notasi tari vernakular yang dicipta khas, digunakan dan diedarkan dalam kalangan komuniti pengamal pelbagai genre tari Melayu tempatan menjadi salah satu alternatif dalam pengukuhan dokumentasi dan pelestarian tari sejak 1940-an, untuk kedua-dua domain akademik (D'Cruz, 1979; Mohd Ghouse, 1979) dan masyarakat umum (Ahmad Omar, 2005; Daud, 1965). Artikel ini menghuraikan keberadaan sistem notasi vernakular tari Melayu yang berlandaskan tiga jenis pendekatan ilustrasi, iaitu (1) notasi tapak kaki, (2) notasi posisi penari, serta (3) pelan pola lantai. Dapatan diperoleh daripada analisis skor pergerakan berdasarkan pengetahuan Labanotasi serta daripada sorotan literatur dan pemerhatian peserta. Artikel ini ingin mengisi kekosongan pembangunan dan kepenggunaan sistem-sistem notasi vernakular yang belum diwacanakan dalam konteks pengajian dan penyelidikan tari tempatan, serta menunjukkan peranan notasi vernakular dalam industri seni tari semasa. Kata-kata kunci: notasi tari, notasi vernakular, tari Melayu


2021 ◽  
Vol 14 (2) ◽  
pp. 285-304
Author(s):  
Emily Lau Kui-Ling ◽  
◽  
Monna Kiaw ◽  
Nurul Huda Hamzah ◽  
Peter Sercombe ◽  
...  

This study investigates the perception of body image among indigenous women in Peninsular Malaysia. Using a sample drawn from urban (n=38) and rural (n=21) settings, the study engages participants who are more or less socio-economically acculturated to mainstream society in order to explore different attitudes to body image, and anxiety level about social physique between rural and urban women. Rural indigenous women registered a higher level of body dissatisfaction than their urban counterparts. However, there was no significant difference in attitudes towards body image between indigenous women in both locations. Due to a degree of presumed acculturation to western ideals of body image, urban indigenous women who were not underweight showed a higher anxiety level concerning their physique than those from rural areas with a similar body size. It was also found that a higher level of body dissatisfaction correlated with a poorer body image among indigenous women in Malaysia.


2021 ◽  
Vol 14 (1) ◽  
pp. 101-114
Author(s):  
Jacinta Tangil ◽  
◽  
Asmiaty Amat

This study discusses the practice of the bombon system which is a tradition of the Kadazandusun community. The bombon system is a method of conservation of freshwater fish that has been practiced by the Kadazandusun since the time of their ancestors. Through this practice, the Kadazandusun community can preserve their environment, while at the same time ensuring a continuous source of fish. The bombon tradition is based on the traditional beliefs and customary laws of the Kadazandusun people. The bombon system shows the local wisdom of the Kadazandusun community towards the environment and in human relations. The problem around which this study is centred relates to the structural functionalism of the bombon system in the life of the Kadazandusun community. The objective of this study is to look at the function and role of the practice of the bombon system in the life of the Kadazandusun community. This study was conducted via field study, employing interviews, participatory observations and document research. The results show that the bombon system and the Kadazandusun community are functional and support each other’s survival. The practice of the bombon system becomes a functional aesthetic requirement for the community of bombon practitioners, furthering its role as a contributor to the values and culture of the practitioner community. The practice of the bombon system, which highlights many implicit and explicit positive effects in the life of the Kadazandusun community, proves that the practice is functional and continues to be relevant to the life of the community today.


2021 ◽  
Vol 14 (1) ◽  
pp. 141-158
Author(s):  
Ratna Roshida Ab Razak ◽  

Za‘ba, or his real name Zainal Abidin bin Ahmad is not just a preacher and thinker who has sharp eyes, but also a spiritual teacher. It is based on the idea that emphasizes its meaning, purpose and value of life, which should belong to every human being, especially to a Malay Muslim. Her contributions to the community is unbeatable. It underlines the general appreciation of Islam by emphasizing a determination to use the world for the happiness of life, here and in the hereafter. For Za‘ba, mistakes in thinking lead to weaknesses in making a decision and followed by a bad action. Za‘ba’s thinking goes beyond times. His writings are almost 70 years old, was found in Qalam magazine which was published in 1952, but the essence and the topics of discussion are still fresh and still relevant until today. The determination of the mindset to ensure that the Malays are on the right track again, as it was recommended in Islam is very evident in his writing. Therefore, this work aims to examine and analyze Za‘ba’s spiritual values found in his mind through his writings.


2021 ◽  
Vol 14 (1) ◽  
pp. 101-114
Author(s):  
Jacinta Tangil ◽  
◽  
Asmiaty Amat

This study discusses the practice of the bombon system which is a tradition of the Kadazandusun community. The bombon system is a method of conservation of freshwater fish that has been practiced by the Kadazandusun since the time of their ancestors. Through this practice, the Kadazandusun community can preserve their environment, while at the same time ensuring a continuous source of fish. The bombon tradition is based on the traditional beliefs and customary laws of the Kadazandusun people. The bombon system shows the local wisdom of the Kadazandusun community towards the environment and in human relations. The problem around which this study is centred relates to the structural functionalism of the bombon system in the life of the Kadazandusun community. The objective of this study is to look at the function and role of the practice of the bombon system in the life of the Kadazandusun community. This study was conducted via field study, employing interviews, participatory observations and document research. The results show that the bombon system and the Kadazandusun community are functional and support each other’s survival. The practice of the bombon system becomes a functional aesthetic requirement for the community of bombon practitioners, furthering its role as a contributor to the values and culture of the practitioner community. The practice of the bombon system, which highlights many implicit and explicit positive effects in the life of the Kadazandusun community, proves that the practice is functional and continues to be relevant to the life of the community today.


Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document