Transformasi Terhadap Min bagi Menguji Taburan Terpencong
Suatu transformasi terhadap min dilakukan menggunakan penganggar pembetulan kepincangan bagi mendapatkan statistik untuk menguji min hipotesis taburan terpencong. Penghasilan statistik ini melibatkan pengubahsuaian pemboleh ubah . Kajian simulasi yang dijalankan terhadap taburan yang terpencong iaitu taburan eksponen, kuasa dua khi dan Weibull ke atas Kebarangkalian Ralat Jenis I menunjukkan bahawa statistik t3 sesuai untuk ujian satu hujung sebelah kiri dan saiz sampel yang kecil (n=5). Kata kunci: Min; statistik; taburan terpencong; penganggar pembetulan kepincangan; kebarangkalian Ralat Jenis I A transformation of mean has been done using a bias correction estimator to produce a statistic for mean hypothesis of skewed distributions. The statistic found involves a modification of the variable . A simulation study that has been done on some skewed distributions i.e. esponential, chi-square and Weibull on the Type I Error shows that t3 is suitable for the left-tailed test and a small sample size (n=5). Key words: Mean; statistic; skewed distribution; bias correction estimator; Type I Error