SSistem Pembangunan Proses (Process Development System) merupakan satu pendekatan kejuruteraan sistematik terkini untuk menganalisis masalah dan menambahbaik kualiti produk atau proses. Kajian ini hanya memfokuskan kepada masalah proses pengeluaran dan penambahbaikan ke atas proses pengeluaran lampin pakai buang (diaper). Kajian ini dilakukan ke atas salah satu mesin (Mesin Technipro) pembuat lampin pakai buang. Kombinasi kawalan proses statistik dan pendekatan lain seperti Kepner Tregoe, Poka Yoke, SMED, zero setting, centerlining, F1 Pit Shop dan rakaman video digunakan untuk melakukan penambahbaikan. Ukuran masa perjalanan mesin, masa mesin berhenti akibat mengalami kerosakan, masa penyelenggaraan mesin, peratus kecekapan mesin, peratus produk yang dihasilkan dalam sejam, peratus masa lengah mesin dan peratus kecacatan yang terhasil digunakan bagi membandingkan hasil dari proses penambahbaikan yang dijalankan. Kajian ini telah berjaya membangunkan dan mereka bentuk sistem pembangunan proses bagi memperbaiki proses-proses yang sedia ada.
Kata kunci: Sistem Pembangunan Proses, proses penambahbaikan, lampin pakai buang
Process Development System is a systematic engineering approach to analyze problems and improve the processes and product quality. This study focuses on the problem of diaper production processes and its improvements. For the case study, one dedicated machine (Technopro Machine) is selected. Combination of Statistical Process Control and other approaches like Kepner Tregoe concept, Poka Yoke concept, SMED concept, zero setting, centerlining, F1 Pit Stop concept, and video recording are used in the improvement process. The machine running time, machine downtime, preventive maintenance time, machine efficiency percentage, and product produced per hour are used to monitor the efficiency of the improved processes. This study is successful in developing and designing the Process Development System to improve the existing processes.
Keywords: Process Development System, process improvement, diaper