Kefahaman Beragama dan Proses Transformasi Hubungan Pasangan dalam Perkahwinan
Previous studies show strong relation between religion and marital satisfaction. However, there are still lack of study that looks into this area from the Malaysian context, especially among the Muslims. This paper will explore connections between religion and transformational processes in marriage. Transformational processes refer to processes that occur in marriage relationships that do not require outside or professional intervention, especially when an issue or conflict arises in marriage. The methodology of the study utilizes a qualitative approach. Purposive sampling comprising of five Malay Muslim couples whose age of marriage is more than ten years were interviewed. Findings show that specific Islamic religious beliefs and practices are related to the maintenance of relationship for a married couple. The findings highlight the importance for a marital counselling approach which integrates naqli and ‘aqli knowledge that supports the clients’ needs. ABSTRAK Kajian lepas menunjukkan perkaitan yang kuat antara aspek-aspek keagamaan dengan kesejahteraan dalam hubungan pasangan berkahwin. Walau bagaimanapun, masih kurang kajian yang meneroka tentang perkara ini dalam konteks Malaysia, khususnya dalam kalangan orang Islam. Kertas ini akan meneroka tentang kefahaman agama dengan proses transformasi dalam perkahwinan. Kefahaman agama dalam kajian ini mencakupi kepercayaan dan amalan keagamaan. Manakala, proses transformasi dalam perkahwinan pula merujuk kepada proses-proses yang berlaku dalam hubungan perkahwinan yang tidak memerlukan intervensi secara professional daripada luar, khususnya apabila berlakunya isu atau konflik dalam perkahwinan. Metodologi kajian adalah menggunakan pendekatan kualitatif. Sampel bermatlamat melibatkan lima pasangan Melayu beragama Islam yang usia perkahwinan mereka melebihi sepuluh tahun. Temubual berstruktur telah dijalankan dan dapatan menunjukkan kefahaman beragama iaitu kepercayaan dan amalan Islam adalah berkait dengan pengekalan hubungan sesuatu pasangan dalam perkahwinan. Dapatan ini menunjukkan kepentingan untuk menggunakan intervensi kaunseling perkahwinan yang mengintegrasikan ilmu naqli dan ‘aqli yang dapat membantu menyokong keperluan klien.