Dalam mengenal pasti model yang terbaik untuk mewakili taburan jumlah hujan bagi data selang masa satu jam di 12 stesen di Wilayah Persekutuan empat taburan digunakan iaitu Taburan Eksponen, Gamma, Weibull dan Gabungan Eksponen. Parameter–parameter dianggar menggunakan kaedah kebolehjadian maksimum. Model yang terbaik dipilih berdasarkan nilai minimum yang diperolehi daripada ujian–ujian kebagusan penyuaian yang digunakan dalam kajian ini. Ujian ini dipertahankan lagi dengan plot kebarangkalian dilampaui. Taburan Gabungan Eksponen di dapati paling baik untuk mewakili taburan jumlah hujan dalam selang masa satu jam. Daripada anggaran parameter bagi taburan Gabungan Eksponen ini, boleh diterjemah bahawa jumlah hujan tertinggi yang direkodkan diperolehi daripada hujan yang dikategorikan sebagai hujan lebat, walaupun hujan renyai–renyai berlaku lebih kerap.
Kata kunci: Jumlah hujan dalam selang masa sejam, ujian kebagusan penyuaian, kebolehjadian maksimum
In determining the best–fit model for the hourly rainfall amounts for the twelve stations in the Wilayah Persekutuan, four distributions namely, the Exponential, Gamma, Weibull and Mixed–Exponential were used. Parameters for each distribution were estimated using the maximum likelihood method. The best–fit model was chosen based upon the minimum error produced by the goodness–offit tests used in this study. The tests were justified further by the exceedance probability plot. The Mixed–Exponential was found to be the most appropriate distribution in describing the hourly rainfall amounts. From the parameter estimates for the Mixed–Exponential distribution, it could be implied that most of the hourly rainfall amount recorded were received from the heavy rainfall even though there was a high occurrences of light rainfall.
Key words: Hourly rainfall amount, goodness-of-fit test, exceedance probability, maximum likelihood