Jurnal Pembangunan Sosial
Latest Publications


TOTAL DOCUMENTS

93
(FIVE YEARS 15)

H-INDEX

1
(FIVE YEARS 0)

Published By UUM Press, Universiti Utara Malaysia

2600-8165, 1394-6528

2020 ◽  
Vol 23 ◽  
pp. 53-78
Author(s):  
Nurzaimah Asalal ◽  
Haris Abd Wahab

Kurikulum asas kerja sosial merupakan garis piawaian dalam pendidikan kerja sosial. Salah satu aspek yang perlu dalam kurikulum asas kerja sosial adalah aspek memahami kepelbagaian klien. Dalam konteks Malaysia, kepelbagaian kaum, etnik, budaya dan agama memerlukan pelajar program kerja sosial memahami dan menerima kepelbagaian tersebut agar mereka kompetensi dalam praktis kerja sosial. Satu kajian telah dilaksanakan untuk mengetahui pemahaman dan halangan pelajar terhadap kepelbagaian klien yang melibatkan seramai 279 pelajar tahun akhir program kerja sosial di enam buah universiti awam, Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan analisis data menggunakan program SPSS versi 23 menerusi ujian Jadual Silang untuk menilai tahap antara pemboleh ubah. Sebanyak sembilan item dikenal pasti dalam pengkajian ini iaitu memahami kepelbagaian klien berdasarkan etnik, budaya, gender, orientasi seksual, agama, keupayaan fizikal dan mental, umur dan latar belakang. Penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar pelajar program kerja sosial mampu memahami aspek kepelbagaian klien dan tidak mempunyai halangan untuk memahaminya. Pemahaman pelajar program kerja sosial terhadap aspek kepelbagaian klien menunjukkan pelajar program kerja sosial telah memenuhi salah satu aspek kurikulum asas kerja sosial yang ditetapkan selaras dengan Dasar Pendidikan dan Piawai untuk Pendidikan Kerja Sosial di Malaysia.


2020 ◽  
Vol 23 ◽  
pp. 93-109
Author(s):  
Zainudin Omar ◽  
Mohd Rom Muslim ◽  
Md Zawawi Abu Bakar

Kaedah kajian fenomena merupakan salah satu pendekatan dalam kajian kualitatif dan kerap digunakan dalam penyelidikan berkaitan perkembangan dalam bidang sukan golf, khususnya dalam memahami motivasi, kepercayaan, dan persepsi atlet. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memahami secara mendalam bagaimana aspek-aspek kejurulatihan dan persediaan psikologikal atlet golf bagi mewakili negara dalam pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pendekatan kualitatif melibatkan temubual secara langsung dengan lapan responden yang terdiri daripada pakar-pakar yang terlibat termasuk tujuh jurulatih profesional dan seorang pegawai badan golf kebangsaan. Penyelidik merupakan instrumen utama dalam proses pengumpulan data melalui temu bual separa struktur. Dapatan kajian mendapati kaedah kualitatif sesuai digunakan bagi mendapatkan data pembangunan atlet golf disebabkan keluasan cakupan dan kebebasan responden menyuarakan pandangan mereka dalam topik yang dikaji.


2020 ◽  
Vol 23 ◽  
pp. 111-128
Author(s):  
Cheong Chong Chan ◽  
Ahmad Shukri Abdul Hamid ◽  
Rusimah Sayuti

Children who are separated from their biological families have an unusual life experience compared to their counterparts residing with their biological families. This paper describes children’s psychological affect by measuring their self-expression based on their daily experiences in welfare institutions. A total of 163 children in four private children’s homes completed the Malay version of the Scale of Positive and Negative Experience (SPANE) developed by Ed Diener and Robert Biswas-Diener (2009). The results show that more than half of the children (60.1%) had high levels of positive expression, while 63.2 percent recorded intermediate levels of negative expression. In total, only 30.1 percent of the children had high affect balance. Independent sample t-test shows that male children had significant positive expression and higher affect balance compared to their female counterparts. Female children had higher negative expression than male children. Correlation analyses show that no significant relationships can be established between self-expression and the factors of age and length of stay at the private welfare institutions. Analysis of Covariance (ANCOVA) indicates that there was a significant difference in mean affect balance between male and female children while adjusting age and length of stay. This implies that gender is an important factor in the positive expression of children in out-of-home care. Any efforts to help the children feel positive about their living experience should begin by considering their gender.


2020 ◽  
Vol 23 ◽  
pp. 129-143
Author(s):  
Nabisah Ibrahim

This paper aims to discuss the importance of social support in developing healthy aging among elderly in institutions. It covers a discussion on the factors that are required to define the availability of social support for the elderly and what kinds of support systems needed in order to maintain healthy aging. Realizing about the limitation of support system available for elderly in institutions, this paper also includes the discussion on factors that inhibits social support among this marginal group and provides strategies and intervention on how to enhance the availability of social support for this population.


2020 ◽  
Vol 23 ◽  
pp. 39-51
Author(s):  
Norzaliza Alis ◽  
Syaliza Adiha Tewiran

Pada masa kini, perkembangan teknologi yang berkembang begitu pesat telah memberi kesan dalam semua kehidupan manusia termasuk dalam sektor pekerjaan. Kegagalan mengadaptasi penggunaan teknologi telah menyebabkan berlakunya teknostres dalam kalangan pekerja. Oleh itu, kajian tinjauan ini telah dilaksanakan bagi meninjau tahap teknostres dalam kalangan pegawai pengurusan dan profesional. Populasi bagi kajian ini adalah terdiri daripada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional (bukan akademik) Gred 41 ke atas sama ada tetap, kontrak atau sambilan yang sedang berkhidmat. Borang soal selidik Technostress Creators telah diedarkan kepada seramai 160 orang pekerja yang telah dipilih secara rawak. Data dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science 11.3 for Windows (SPSS) untuk mendapatkan skor min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan tahap teknostres dalam kalangan pegawai pengurusan dan profesional Universiti Awam (UA) berada pada tahap sederhana. Oleh itu, beberapa cadangan telah dibuat untuk mengurangkan teknostres. Antaranya ialah setiap pekerja perlu sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi terkini serta menyertai kursus tentang penggunaan komputer agar dapat meningkatkan kompetensi dalam bidang pekerjaan mereka.


2020 ◽  
Vol 23 ◽  
pp. 79-92
Author(s):  
Amran Idris ◽  
Fauziah Shaffie‬ ◽  
Saralah Devi Mariamdaran

Penagih dadah menjadi isu penting yang memerlukan perhatian daripada semua pihak. Statistik penagihan semula telah menunjukkan terlalu ramai bekas penagih kembali menagih setelah bebas dari pusat pemulihan dan pusat koreksional. Namun situasi penagihan berulang (relaps) berlaku disebabkan oleh kurangnya keyakinan untuk berhenti dari menagih. Penyelidik-penyelidik lepas ada mencadangkan implementasi modul sebagai medium untuk penagih berubah. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunan modul Intervensi Pendekatan Terapi Realiti terhadap efikasi kendiri penagih dadah. Kajian secara kuasi eksperimental ini menggunakan soal selidik Pain Self-Efficacy Questionnaire (PSEQ) yang diterjemahkan secara back to back yang mengandungi 10 item yang perlu dijawab oleh responden. Kajian secara kuantitatif bertujuan untuk melihat keyakinan diri untuk berubah dalam kalangan penagih dadah dalam proses pemulihan. Pemilihan responden melibatkan penagih yang menjalani hukuman di Pusat Koreksional Dungun dan dipilih secara rawak bertujuan. Responden penagih dadah telah dipilih seramai 72 yang merupakan penagih yang berulang. Penagih dadah yang dipilih tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu keumpulan rawatan dan kumpulan kawalan iaitu seramai 36 orang menerima rawatan Intervensi Pendekatan Terapi Realiti dan 36 orang tanpa rawatan. Hasil analisis SPANOVA menunjukkan modul Intervensi Pendekatan Terapi Realiti menyumbang secara signifikan terhadap keyakinan diri berubah penagih dadah secara terus. Kajian ini mengesahkan bahawa modul boleh dijadikan alternatif untuk memberi kesedaran kepada penagih dadah untuk berubah. Oleh itu dicadangkan kepada Pusat Koreksional dan pusat pemulihan untuk memanfaatkan setiap modul bagi meningkatkan keyakinan diri untuk berubah dalam kalangan penagih dadah.


2020 ◽  
Vol 23 ◽  
pp. 25-38
Author(s):  
Siti Nathrah Che Fazilah ◽  
Fauziah Shaffie‬

Dewasa kini, aktiviti kesukarelawanan dilihat seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Pelbagai organisasi bukan kerajaan dan individu lahir terutamanya tatkala negara di landa musibah seperti banjir. Aktiviti kesukarelawanan yang dijalankan menjadi ukuran kepada keperibadian sukarelawan yang menjalankan kerja sukarela dengan penuh komitmen tanpa berhendakkan ganjaran. Terdapat enam (6) faktor motivasi sukarelawan yang dinyatakan dalam Volunteer Function Inventory (VFI) iaitu nilai, pemahaman, perlindungan, kerjaya, sosial dan juga peningkatan. Dengan adanya motivasi ini, sukarelawan dapat mengenalpasti faktor ataupun penyebab yang boleh meransang sukarelawan dalam menggerak dan mengarah hala tuju dalam menjalankan kerja sukarela. Walau bagaimanapun, terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi motivasi sukarelawan dalam menjalankan kerja sukarela termasuklah kepercayaan dan keyakinan diri sukarelawan, pengaruh persekitaran, kemahiran, niat dan dasar kerajaan. Artikel ini menghuraikan faktor-faktor yang dapat memotivasikan sukarelawan dalam menjalankan aktiviti kesukarelawanan dan menyingkap strategi serta membantu pelbagai pihak termasuklah pihak kerajaan serta badan bukan kerajaan dalam usaha untuk mengatur strategi dalam memotivasikan sukarelawan dalam menjalankan aktiviti kesukarelawanan.


2020 ◽  
Vol 23 ◽  
pp. 1-23
Author(s):  
Rosliza Ahmad ◽  
Sobiroh Mohamad Puzi

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap, hubungan, dan pengaruh tahap resiliensi, religiositi dan depresi dalam kalangan mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Seramai 196 orang mahasiswa terdiri daripada 50 orang mahasiswa lelaki dan 146 mahasiswa perempuan yang majoritinya berumur antara 21 hingga 23 tahun dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Tiga instrumen digunakan iaitu The Resilience Scale (TRS) bagi mengukur resiliensi, The Muslim-Religious Personality Inventory (MRPI) digunakan untuk menilai religiositi dan Beck Depression Inventory (BDI II) digunakan untuk mengukur tahap depresi. Hasil dapatan menunjukkan majoriti mahasiswa berada pada tahap resiliensi yang sederhana. Manakala tahap religiositi responden adalah tinggi dan depresi mereka berada pada tahap rendah. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara religiositi dengan depresi dan religiositi dengan resiliensi. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa religiositi mempengaruhi depresi mahasiswa. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan bahawa resiliensi tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan depresi. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan resiliensi, religiositi dan depresi antara mahasiswa lelaki dan mahasiswa perempuan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada kaunselor di Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia untuk mengetahui keadaan resiliensi, religiositi dan depresi pelajar di UUM sekaligus memanfaatkan maklumat tersebut dalam perancangan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan pembangunan modal insan para pelajar.


2019 ◽  
Vol 22 ◽  
Author(s):  
Jamaludin Mustaffa ◽  
Noor Azniza Ishak

Pelbagai pendekatan telah dilakukan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebagai institusi bertanggungjawab secara khusus dalam pemulihan banduan untuk membantu dalam membina kembali diri mereka agar dapat berperanan semula dalam masyarakat sama ada sebagai isteri, ibu, anak perempuan, kakak, pekerja, dan lain lain. Antara pendekatan diperkenalkan oleh Jabatan Penjara iaitu Sistem Parol yang memainkan peranan penting dalam memastikan banduan yang dibebaskan secara Parol dapat kembali kepada masyarakat sebagai seseorang yang berguna kepada negara dan mematuhi undang-undang yang sedia ada. Oleh itu artikel akan membincangkan mengenai sejauh manakah pencapaian perlaksanaan program Orang Di parol (ODP) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia khususnya di Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti berdasarkan kepada kajian yang dilakukan terhadap Pegawai Penjara (40 orang sampel) di bahagian tersebut. Hasil kajian menunjukkan tahap keberkesanan perlaksanaan Program ODP amat memberi kesan yang positif kepada ODP. Namun walaupun berkesan terdapat juga kelemahan-kelemahan dan cabaran-cabaran dalam perlaksanaan program ODP menurut responden. Oleh itu, pihak penjara perlulah sentiasa membuat penambahbaikan Sistem Parol dari masa ke semasa agar terus relevan dengan perubahan zaman supaya menjadi lebih komprehensif dan efesien. Abstract Various approaches have been taken by the Malaysian Prisons Department as an institution specifically responsible for the rehabilitation of prisoners to assist in rebuilding themselves so that they can play a role again in society whether as wives, mothers, daughters, sisters, employees, and others. Among the approaches introduced by the Prisons Department is the Parole System which plays an important role in ensuring that prisoners released by Parole can return to society as someone who is useful to the country and complies with existing laws. Therefore, the article will discuss the extent to which the implementation of the implementation of the ODP program implemented by the Malaysian Prisons Department, especially in the Parole and Community Services Division based on the study conducted on Prison Officers (40 people sample) in that division. The results show that the level of effectiveness of the implementation of the ODP Program has a very positive impact on the ODP. However, although effective, there are also weaknesses and challenges in the implementation of the ODP program according to the respondents. Therefore, the prison must constantly make improvements to the Parole System from time to time in order to remain relevant to the changing times to be more comprehensive and efficient. Keywords: ODP program, parole system, achievement.


2019 ◽  
Vol 22 ◽  
Author(s):  
Norazlinda Saad ◽  
Surendran Sankaran

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kesesuaian dan kerelevanan modul dengan persepsi guru terhadap Modul T3P dalam pembangunan profesionalisme guru. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian terdiri daripada guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Seramai 60 orang guru dipilih dengan menggunakan persampelan bertujuan. Modul T3P dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan item-item untuk soal selidik diadaptasikan dari kajian-kajian lepas dan tinjauan literatur. Dalam kajian rintis beberapa aspek penyesuaian item telah dijalankan sehingga terhasil nilai Cronbach Alpha yang tinggi (0.90). Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan korelasi pearson. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa variabel kesesuaian dan kerelevanan modul T3P mempunyai hubungan yang signifikan dan tinggi dengan persepsi guru terhadap Modul T3P. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa pembangunan profesionalisme keguruan yang sesuai dan relevan amat diperlukan untuk menambahbaik kemahiran PdPC bagi menjayakan transformasi pendidikan. Abstract The purpose of this study is to identify the relationship between the suitability and relevance of the module with teachers’ perceptions on the T3P Module in the development of teacher professionalism. This study is using the descriptive survey method. The population of the study consists of Secondary School (SMK) teachers in the states of Perlis, Kedah and Penang. A total of 60 teachers was selected using purposeful sampling. T3P modules and questionnaires were used as research instruments and items for questionnaires were adapted from previous studies and literature reviews. In the pilot study several aspects of item adjustment were carried out resulting in a high Cronbach Alpha value (0.90). The collected data were analyzed using descriptive statistics and Pearson correlations. The findings show that the suitability and relevance variables have a significant and high relationship with teachers’ perceptions with the T3P Module. The findings of the study have implications that the development of suitable and relevant teaching professionalism is essential to improve teaching and facilitating skills for successful educational transformation. Keywords: Teacher professionalism development, lifelong learning, suitability and relevance.


Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document