Application Of Fuzzy Logic In The Assessment Of River Flow Characteristics At The Pier Scour
Pada masa kini, tiada pembangunan teknik yang rasional untuk seseorang jurutera jambatan mengikutinya sebagai panduan apabila menilai kesan kerokan disebabkan aliran sungai pada penapak tiang jambatan. Biasanya penilaian kerokan pada jambatan adalah berdasarkan prosedur subjektif yang mana kosnya adalah mahal, pengambilan masa, ketidakpastian dan mempunyai bias oleh seseorang individu. Oleh itu, tujuan penyelidikan ini adalah untuk memperkenalkan teknik logik kabur dalam menilai sifat-sifat aliran sungai pada hulu jambatan (keadalaman aliran (Y1); kadaralir (Q1); kelajuan (V1); dan luas aliran (A1)), yang mana menyebabkan kerokan pada penapak tiang jambatan. Dalam mencapai objektif kajian ini, satu contoh masalah telah diperkenalkan untuk menggambarkan penggunaan metodologi terhadap hipotesis model jambatan yang merentangi Sungai Cherul di Ban Ho, Terengganu, Malaysia. Daripada penyelidikan ini, tahap keadaan kerokan pada penapak tiang boleh ditentukan dan maklumat ini dapat digunakan kelak oleh seseorang jurutera jambatan dalam menyediakan kaedah kawalan yang sesuai. Seterusnya, kaedah ini boleh membantu jurutera jambatan untuk membuat keputusan yang lebih rasional semasa menjalankan program pembaikan jambatan berdasarkan data pengawasan jambatan. Kata kunci: Penilaian kerokan jambatan; keadaan kerokan tiang jambatan; kesan aliran sungai; model kata putus seragam; permodelan ketidakpastian Currently; there is no well-established technique for a bridge inspector to follow when assessing the river flow effect to the scour depth at a bridge pier. The assessment of a bridge scour is normally based on subjective procedures that are costly, time consuming, uncertain and has a personal bias. Therefore, the purpose of this research is to propose the fuzzy logic technique in assessing the river flow characteristics at the upstream of the bridge (flow depth (Y1); discharge (Q1); velocity (V1); and flow area (A1)), which are resulted scouring at the pier foundation. In order to achieve the objective of this research, an example problem is presented to illustrate the use of the proposed methodology on a hypothetical bridge model across Cherul River at Ban Ho, Terengganu, Malaysia. From the research, the severity of scour condition at the pier foundation can be determined and this information will be useful for a bridge engineer to provide the relevant countermeasure or prevention method. Finally; this approach can assist a bridge engineer in making a rational decision for carrying out the bridge maintenance programme based on data taken from regular bridge inspection Key words: Bridge scour assessment; pier scour condition; river flow effects; uniform decision-making model; uncertainty modeling