Pendidikan di Malaysia kian menjadi satu perusahaan berwayar. Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kursus yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi dilihat sebagai pemangkin dalam melahirkan pelajar terarah kendiri sepanjang hayat. Dalam hal ini, Komunikasi Berasaskan Komputer (CMC) dilihat sebagai alat yang dapat membantu pelajar memperoleh maklumat di hujung jari pada bila–bila masa dan di mana sahaja. Kajian ini menyiasat autonomi pelajar melalui program atas talian jarak jauh. Instrumen kajian yang digunakan merangkumi tinjauan soal selidik, protokol temuduga separa berstruktur dan interaksi mel elektronik. Sampel populasi kajian pula melibatkan persampelan bertujuan apabila satu kelas pelajar yang mengikuti B.Ed (TESL) di sebuah universiti tempatan yang menawarkan kursus secara atas talian dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan awal memperlihatkan bahawa pada dasarnya, pelajar tahun satu tidak menganggap diri mereka sebagai pelajar terarah kendiri yang berupaya mengurus pembelajaran mereka. Malah, maklum balas mereka terhadap semua aspek autonomi yakni merancang, mengurus, memantau, menilai dan kebolehan mengguna komputer hanya mencatatkan respon sederhana positif sahaja. Justeru jika pelajar tertiari dikehendaki melibatkan diri dalam pembelajaran melalui CMC, maka para pendidik dan institusi pengajian tinggi bertanggungjawab memastikan pelajar dibimbing secara sistematik dan dibekalkan dengan kemahiran, alat, sikap dan pengetahuan melalui program latihan pelajar tentang bagaimana mereka boleh mengurus pembelajaran mereka.
Kata kunci: Pelajar terarah kendiri, Komunikasi Berasaskan Komputer (KBK), pembelajaran tidak segerak, interaksi secara talian
Education in Malaysia is fast becoming a “wired enterprise.” The integration of Information and Communication Technology (ICT) in course offerings in institutions of higher learning (IHL) is seen as the catalyst towards producing lifelong autonomous learners. Hence, Computer–Mediated Communication (CMC) is seen as the tool to assist learners in acquiring information at their fingertips anywhere and anytime. This paper employed a descriptive research methodology to investigate learner autonomy via an online distance–learning program. The research instruments used included survey questionnaires, semi–structured interview protocols and email interactions. The sample population for this study entailed purposive sampling where one intact class of first year students pursuing the B. Ed. (TESL) course in a local university offering online distance learning was selected. Initial findings indicated that first year university students generally, did not consider themselves to be truly independent learners capable of managing their own learning. In fact, their responses in all aspects of learner autonomy abilities viz. planning, organizing, monitoring, evaluating and computer usage recorded moderately positive responses. In lieu of this, if today’s tertiary students are required to participate through CMC, it is the responsibility of educators and IHL to systematically guide and provide learners the skills, tools, attitude and knowledge through learner training programs on how they can learn to take responsibility for their own learning.
Key words: Learner autonomy, Computer–Mediated Communication (CMC), asynchronous learning, online interactions