MaqāṢid Al-‘Adl (Keadilan) Dalam Isu Tuntutan Harta Sepencarian di Malaysia (The Objective of Fairness (al-‘Adl) in The Matrimonial Property Conflict in Malaysia)
Harta sepencarian ialah amalan yang diwarisi daripada adat Melayu secara turun temurun. Bahkan, amalan ini telah diangkat sebagai undang-undang yang sah dan berkuat kuasa dalam perundangan Islam di Malaysia. Amalan ini saban hari terus dipraktikkan di Mahkamah Syariah seluruh negara. Pun begitu, dalam pengamalan harta sepencarian di negara ini, timbul satu persoalan mengenai standard penetapan pembahagian hak dalam harta yang dituntut oleh pihak-pihak yang bertelingkah. Persoalan mengenai prinsip keadilan yang diterapkan semasa proses penetapan pembahagian harta sepencarian cuba dibangkitkan dalam artikel ini. Berdasarkan metode analisis dan kritikan terhadap beberapa isu yang berbangkit, artikel ini memberikan penekanan secara khusus akan penetapan nilai keadilan semasa proses pembahagian hak dalam harta sepencarian. Dengan itu, objektif di sebalik perlaksanaan harta sepencarian iaitu memelihara hak-hak wanita, kebajikan keluarga dapat diimbangkan dengan maslahah lain seperti menjaga keharmonian keluarga secara berterusan dan reda-meredai. Kata Kunci: Harta sepencarian, adat, Mahkamah Syariah, keadilan, maslahah. Abstract Matrimonial property is one of the practices come from Malaysian traditional practices. It has been recognized as a legal jurisdiction and enforced in Malaysian legal system. This tradition has been practiced in Syariah Courts in Malaysia. However, throughout the practices, there is an issue has prompted regarding the standard that been used in partition processes in the matrimonial property. This article questions an issue regarding the principle of fairness that being used while the partition event in the matrimonial property. This article relies upon analysis and critical study to specifically focus on the principle of justice while the partition event of the matrimonial property. Thus, the objective of the matrimonial property practices as it guarantees women rights can be balanced and in line with other benefits such as to ensure the family is in harmony constantly. Keywords: Matrimonial property, tradition, Syariah Court, fairness, benefits.