A happy family needs to possess a balance between its interior and exterior needs. Such criteria for wellness in the family are also discernable from the voluminous writings of Muslim scholars. However, the reality is, Muslim families nowadays are facing great challenges which have caused moral disintegration, social problems and chaotic economic situations. The government of Terengganu under the “Happy Family Happy Nation” principle in its New Terengganu Transformation initiative has launched 10 special programs to address these challenges. This study aims to analyse the effectiveness of the programs in promoting the wellbeing of families. This paper also offers suggestions for the betterment of the programs, in accordance with the real needs for a happy family. This paper concludes that the programs have partially fulfilled the requirements needed for creating a happy family. Nevertheless, there are several shortcomings that need to be attended to from time to time especially in terms of strategic knowledge, worship, premarital preparation and transportation. Keywords: Family, happiness, Malaysia, New Terengganu Transformation, peacefulness.Cite as: Wan Chik, W.M.Y, Md. Ali, A.W., Mohamad, Z., Ramly, A.F., Mohd Ghazalli, F.S. (2017). Pembinaan keluarga sejahtera: Analisis terhadap prinsip ‘Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera’ dalam transformasi Terengganu baharu [Building a happy family: An analysis of the ‘Happy Family Happy Nation’ principle in new Terengganu transformation]. Journal of Nusantara Studies, 2(2), 306-318. AbstrakSebuah keluarga yang sejahtera perlu memiliki keseimbangan antara dalaman dan luaran. Kriteria sebuah keluarga yang sejahtera ini boleh difahami menerusi penulisan para ilmuwan Islam di dalam kitab-kitab mereka. Realitinya, keluarga Islam masa kini sedang menghadapi ancaman yang cukup besar sehingga boleh membawa kepada keruntuhan akhlak, sosial dan ekonomi. Atas kesedaran ini, kerajaan negeri Terengganu melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB) telah melancarkan sepuluh program khas di bawah prinsip ‘Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera’. Justeru, kajian ini menganalisis program-program yang telah diperkenalkan di bawah prinsip tersebut dari sudut sejauhmana ia membantu dalam pembinaan keluarga sejahtera. Beberapa cadangan dan penambahbaikan turut dilontarkan bersesuaian dengan keperluan sebenar sebuah keluarga yang sejahtera. Kesimpulannya, berasaskan program-program yang dilancarkan di bawah prinsip tersebut, ia dilihat memenuhi sebahagian keperluan yang perlu dimiliki dalam sebuah keluarga sejahtera. Pun begitu, masih terdapat beberapa kelompangan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa terutamanya berhubung elemen ilmu, ibadah, persiapan sebelum perkahwinan dan pengangkutan.Kata Kunci: Keluarga, kesejahteraan, kegembiraan, Malaysia, Transformasi Terengganu Baharu